83 % MAHU ELIZABETH KEKAL ~ Ref Malaysiakini

Walaupun Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Elizabeth Wong membuat keputusan untuk meletakkan jawatan Exco dan ADUN namun terbukti bahawa rakyat tidak menerimanya. Kesemua Poll bebas yang dijalankan oleh laman blog dan lain-lain menunjukkan bahawa majoriti responden mahu beliau mengekalkan jawatannya.
Blog saya juga tidak ketinggalan menjalankan Poll berkenaan isu ini. Sejumlah 727 responden telah mengundi di mana 83 % (604) menyatakan tidak wajar beliau meletakkan jawatan manakala 17 % (123) menyokog Elizabeth meletakkan jawatan.

Terbukti bahawa rakyat masing sayang khidmat beliau yang cemerlang dan dedikasi yang ditunjukkan olehnya selama lebih kurang 10 bulan menjadi Exco Kerajaan Selangor.

Comments