UMNO SEMAKIN BERCELARU DAN BERPECAH BELAH ~ Ref Malaysiakini

Kekalahan BN di Kuala Terengganu membuktikan bahawa Umno semakin bercelaru bagaikan retak menanti belah. Bukan sahaja Umno Terengganu yang semakin terserlah masalahnya, bahkan Umno di peringkat pusat juga semakin teruk perpaduannya.

Bermula dengan masalah memilih calon, dimana Menteri Besar Terengganu mempunyai calonnya sendiri iaitu Zuber Embong tetapi dinafikan oleh Presiden Umno yang mahu kroni dan 'wak yek'nya iaitu Wan Farid menjadi calon. Najib juga sebenarnya tidak setuju dengan pemilihan Wan Farid tetapi terpaksa akur kerana memang sikap Najib dari dahulu pengecut dan lembik hanya mengikut sahaja apa yang Pak Lah minta.
Akhirnya setelah BN kalah masing-masing menuding jari menyatakan kekalahan disebabkan kesalahan si anu dan si anu.
Ahmad menyalahkan Pak Lah, Pak Lah menyalahkan Najib.
Kita dapat melihat bagaimana teruknya perbalahan dalam Umno. Kem Idris Jusoh terus bermusuhan dengan Kem Ahmad Said. Idris Jusoh datang berkempen di Kuala Terengganu hanya sekadar melepaskan batuk di tangga.
Khairy juga tidak seagresif semasa di PRK Ijok. Walaupun Wan Farid tergolong dalam geng tingkat 4 namun mungkin juga Khairy tidak berkempen sepenuh hati kerana beliau mahu rekod Najib tercalar dengan kekalahan di PRK Kuala Terengganu yang mana Najib adalah kepala perangnya.
Akhirnya yang menjadi mangsa adalah Wan Farid, 'pengantin' yang dari awal lagi tidak ada serinya. Terpaksa berdepan dengan 'pengantin' PAS yang memang karektornya mudah mesra, friendly dan berpengalaman.
Wan Farid kehilangan jawatan Timbalan Menteri dan Senatornya dalam sekelip mata.
Memang Wan Farid ini jenis manusia degil yang tidak mendengar cakap. Saya telah berkali-kali menasihati beliau supaya berundur dari menjadi calon BN namun mungkin nasihat saya di blog ini tidak dibaca beliau. Tetapi saya yakin hati kecil beliau sendiri sangsi dan bimbang takut kalah. Akhirnya nafsunya untuk menjadi calon menjahanamkan jawatan dan rekodnya.
Kini rekod politiknya tercalar teruk tewas pada Pilihanraya Kecil yang kononnya BN adalah favourite. Semua ini gara-gara perbalahan dalaman Umno yang bagaikan retak menanti belah, telur dihujung tanduk.
Selamat Pencen untuk Wan Farid. Namun saya yakin beliau tetap kaya raya dan senang lenang dengan projek keliling pinggang serta harta dunia berlunggun-lunggun.

Comments

saji said…
kalau dulu selepas pru 12 saya bincangkan dalam mingguan wasilah bahawa umno kini umpama tangki air besi lama yang sudah berkarat dengan injab bebolanya sesekali tidak berfungsi masih boleh diperbaiki dari sudut ilmu konservasi bangunan bersejarah, tetapi selepas pas/pr memenangi prk kt semalam, ia telah mengubah fikiran saya untuk mengatakan tidak boleh diperbaiki lagi.