TSUNAMI PEMIMPIN BN SERTAI PR BERMULA ~ Ref Malaysiakini

Setelah BN dilanda Tsunami pada PRU 12, PRK Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, hari ini BN dilanda Tsunami keempat di mana seorang ADUN Umno di Perak menyertai PKR.
ADUN tersebut YB Dato' Nasaruddin Hashim telah mengisytiharkan keluar Umno dan menyertai PKR hari ini.
Ramai percaya ini adalah permulaan Tsunami keempat iaitu penghijrahan beramai-ramai pemimpin BN menyertai PR selepas ini. Nasaruddin telah memulakan Tsunami dan ianya bakal diikuti oleh ramai lagi pemimpin dari semua komponen BN selepas ini.

Sesungguhnya penghijrahan ini merupakan suatu yang bersejarah kerana selama ini BN khususnya Umno sentiasa menafikan dakwaan bahawa akan ada YB yang berhijrah menyertai PR tetapi hari ini semuanya telah terbukti.

Kini BN semakin tertekan. Isu kematian Kugan, kes Altantuya yang kembali hangat, kekalahan di Kuala Terengganu, perselisihan antara Timbalan Menteri dan Polis, isu ekonomi, pengangguran dan sebagai benar-benar menjadi mimpi ngeri yang akan mempercepatkan lagi kejatuhan BN.

Apakah mereka akan keluar dari Putra Jaya ikut pintu belakang kerana malu dan bertindak sebagai anak jantan keluar secara terhormat dari pusat pentadbiran kerajaan itu????

Comments

Anonymous said…
orang merajuk, kalah dalam pertandingan, tak dapat rebut jawatan, tempatnya adalah parti pembangkang. memang parti pembangkang diwujudkan untuk disertai golongan yang mcm tu.
Anonymous said…
kalah kerana politik wang....elok lah beliau keluar dari parti rasuah
Anonymous said…
selagi duduk dlm Umno selagi itulah kita bergelumang sama dengan rasuah,....hampir kesemua pemimpin Umno sekarang terlibat dgn rasuah
Anonymous said…
tidak ketinggalan pemimpin PKR yang sudah pasti Parti Kuat Rasuah..
Anonymous said…
apapun UMNO sudah kehilangan seorang yb ADUN. lepas ni akan ada yb Ahli Parlimen.kabarnya dari jawatan timbalan menteri. tak payah PRK pun.hilang tokoh terbesar mantan PM pun dah cukup membuat UMNO dokrok cetong! semakin kronik lagi sebelum datang bulan mac. tungguuuu.