Saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas muhasabah sahabat blogger saya NurAflah yang menasihatkan saya supaya bergambar dengan lebih manis dan tersenyum.
Untuk pengetahuan NurAflah saya memang tidak fotogenik. Gambar saya semua masam. Mungkin lebih masam dari Wan Farid yang dikecundangkan oleh YB Wahid Endut di Kuala Terengganu.
Sebab gambar saya selalu masam mencuka itulah saya tidak mahu bertanding pilihanraya. Sebab kalau bertanding pun mungkin kalah macam Wan Farid (he he he). Lebih bagi orang lain yang lebih manis senyumannya serta juga fotogenik.
Saya memang suka dan sedia mendengar komen dari sahabat-sahabat di luar sana terutama komen dan nasihat yang membina.
Terima kasih sekali lagi kepada NurAflah. Terimalah pantun di bawah ini dari saya ....
Gambar masam orang tak suka
Senyuman manis pasti memikat
Muhasabah nasihat amat berguna
Semoga kita mendapat berkat
Sahabat sejati sentiasa terbuka
Mendengar nasihat tanda sayang
Jangan bersedih jangan berduka
Teruskan jihad sebagai pejuang
Comments
laksana dewa diijab kabul
Lau fotogenik tidak mengambang
hensem dan manis tetap tersembul
Kayu daun hutan berduri
Melambai melentik daun kelapa
Seribu tahun Aflah kucari
gambar authentic tidak berjumpa
Mamat Melaka makan kari,
Kari dimakan di kedai Pak Hassan;
Nasihat murni sudah diberi,
Cernakan solusi lupuskan alasan.
Banyak cara nak senyum, tak payahlah nak bagi alasan tak fotogenik atau apa2 alasan lain.
Tak payahlah nak sebut kejayaan atau kehebatan PAS Melaka dalam menjawab isu senyum ni.
Saya tak percaya tuan tak boleh senyum semanisnya. Jarrib Wa La Hizh Takun 'Arifan...
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih...KOPI K LA SNDIRI..
thx!
Perlu dipertimbangkan...IA
Setakat jam 1.12 pagi gambar tu masih tak berubah masamnya.....
hehehehe! susah kot nak ubah manusia...
bukan seribu bahkan sejuta alasan boleh direkacipta untuk tidak senyum dan juga untuk senyum...terima nasihat untuk kebaikan...
Hai ustaz takkan tak tukar lagi gambar 'serius' dan 'seram' tu?
thx!