Tidak adakah cara lain yang boleh dibuat untuk meredakan kemarahan dan kebencian rakyat kepada kerajaan BN dan Polis. Tangkap bukan jalan penyelesaian terbaik. Kerajaan dan Polis boleh menangkap seberapa ramai rakyat yang mereka mahu tangkap kerana kerajaan dan Polis ada kuasa.
Rakyat 'marah' kerana ada sebab untuk mereka marah. Kalau tidak ada sebab sudah tentu rakyat tidak akan marah dan melakukan demonstrasi.
Kerajaan BN yang kononnya prihatin dan mesra rakyat mesti mencari penyelesaian secara berhikmah dan baik dalam menangani isu seperti ini. Kekerasan dan sikap bongkak dengan kuasa yang ada ditangan tidak akan meredakan rasa tidak puashati rakyat.
Sebaliknya kerajaan dan Polis mesti balik kepada petunjuk agama dan demokrasi iaitu menjalankan kerja dengan telus, benar dan adil. Kerajaan dan Polis mesti kembali kepada asas Islam dalam pentadbiran iaitu berani kerana benar takut kerana salah dan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh rasa tangggungjawab kepada Allah bukan kepada nafsu.
Hari ini 5 orang lagi rakyat ditangkap di Kuala Lumpur ketika upacara pengebumian Kugan seorang pemuda India yang mati di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Januari lalu. Keluarga Kugan mendakwa beliau mungkin dicederakan dan akhirnya mati akibat kecederaan itu. Tanda-tanda kecederaan itu memang ada di mayat Kugan.
Saya yakin jika kerajaan dan Polis lebih telus, bertanggungjawab dan adil serta tidak pilih kasih sudah tentu rasa tidak puas hati rakyat akan berkurangan dan seterus hilang.
Comments
Suka-suka polis dengan izin dari bn pergi pukul rakyat, balun rakyat, tembak rakyat, seksa rakyat , ISA kan rakyat tanpa sebab .
Hal Kugan memang bukan hal kaum.Malahan semua lapisan rakyat marah dengan polis.
Biar lah mereka yang marah tunjuk marah dan jangan buat mereka marah lagi.Segala marahan akan reda kalau di benarkan dan akan duduk diam untuk bincang selepas tunjuk geram .
polis yang cetus kan masalah.
polis lah puncak marahan rakyat.
Sikap polis sama dengan umno.