SUMPAH SETIA KEPADA UMNO TAK WAJIB TAAT ~ Ref Malaysiakini

Hanya janji dan taat setia kepada Allah sahaja yang wajib dipatuhi. Manakala sumpah taat setia kepada manusia tidak wajib ditaati apabila ianya bercanggah dengan Islam dan hukum-hukunya.

Seperti yang kita tahu, tidak ketaatan kepada manusia di dalam perkara-perkara yang maksiat kepada Allah.

Jika sesebuah parti itu tidak mengikut Al-Qur'an dan hadis malah banyak melakukan perkara-perkara maksiat seperti tidak menjalankan hukum Allah bila memerintah, berlaku zalim kepada rakyat, melakukan rasuah dan sebagainya, maka ahli-ahlinya tidak wajib taat malah wajib keluar dari parti tersebut.

Dalam hal ini saya mencadangkan kepada semua ahli Umno supaya keluar dari Umno kerana Umno jelas terlalu menyimpang dari Islam dari semua segi. Samada perlembagaannya, amalan rasuahnya dan lain-lain.

Maka sumpah taat setia ADUN-ADUN Umno Perak kepada BN adalah tidak wajib dipatuhi malah wajib dilanggar atas alasan yang saya berikan di atas.
Media hari ini melaporkan bahawa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Perak telah menemui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di ibu negara malam tadi untuk menyatakan ikrar akan kekal dalam BN.

Ikrar itu dibuat beberapa jam selepas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mendakwa tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dijangka menyertai Pakatan Rakyat ekoran langkah Datuk Nasarudin Hashim kelmarin.

Ketika dihubungi mStar Online, Setiausaha Umno Perak, Datuk Ramly Zahary berkata, mereka melahirkan sumpah taat setia untuk terus bersama BN.
Jadi walaupun YB-YB itu telah bersumpah taat setia kepada BN, TETAPI sumpah taat setia itu BOLEH DILANGGAR dan WAJIB DILANGGAR kerana bersumpah untuk terus bersama dengan BN bermakna mereka akan terus bersekongkol dengan parti rasuah, parti zalim dan sebagainya.

Comments

Abu Amirul said…
salam perjuangan,
su perak tu mudah lupa, selagi raja pun - raja adil raja disembah raja zalim raja kita sanggah, inikan pulak umno/bn.
lebih baik dia nasihatkan TDM.
tanya TDM kenapa dia keluar umno?
dulu TDM tak bersumpah ke?
yang lebih bersumpah ialah sesumpah EMN.
Anonymous said…
ini la kerja org PAS...memecah belahkan orang melayu....sokong PAs bererti sokong kepada bangsa asing terutama DAP...akhirnya orag melayu akan merempat dibumi sendiri akibat perbuatan korang....
Dari segi Islam, cuma sumpah taat setia kepada ugama dan tuhan saja lah yang sah.
kalau sumpah taat kepada mana-mana individual , parti politic atau badan, ini canggah dengan agama.

Saya perhati satu comment daripada tanpa nama, munkin malu sangat pakai nama yang berbunyi-
"ini la kerja org PAS...memecah belahkan orang melayu...."

Munkin anda bukan orang Islam.
Islam punya agama sentiasa ingatkan umat nya , bahawa semua orang di bumi adalah setaraf dan sama. Samada orang dari parti Obama (Democrat), parti DAP ,parti umno..semua nya sama.
Adakah ia haram kalau PAS kerjasama dengan PKR? haram kerja dengan DAP?
Tapi untuk umno kerjasama dengan MCA,MIC dan parti Pundek-Pundek-Pundek (PPP)semuanya dikira OK?
Orang bangsa melayu ni apa beza nya dengan bangsa lain?
Sama juga dari mata Allah.
Jangan jadi macam hypocrite sempit.
melayu juga kahwin dengan India, kahwin dengan Bangla, kahwin dengan China, Pak Helah pun kahwin dengan Jepun dan kini bini baru dia orang Portuguese , banyak ahli politic dan pengyokong kuat dari umno pun main China Doll.
Otak sempit memang tak nampak dan mata memang tak lihat, cuma balun bulat-bulat jadi pak turut kuda tunggangan .
Ingat, Obama ada saudara mara di bumi Sabah.
Belajar lah lebeh sikit dan jangan kurungkan fikiran. Sila makan Kurma.
Anonymous said…
Khun Pana, Lu punya cerita banyak baguih la.
Wa caya lu.
Wa banyak suka lu cakap itu parti PPP.
Sikalang wa sakit pelut manyak ketawa ooh.
Nanti sikit jam mau pegi belak ooh.
Lu kasi hantam sama itu C4 lagi baguih lo.