SOKONG 100 % DEMO BANTAH PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong 100 % cadangan Pejuang-pejuang bahasa Melayu, yang membantah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, untuk menganjurkan perhimpunan besar seperti Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007.

Demonstrasi besar itu, yang digelar "Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu", bagi menyerahkan memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

Cadangan tersebut merupakan cadangan yang baik sebagai usaha untuk menyedarkan 'petualang' bangsa yang terus berdegil menghina Bahasa Melayu.

Insya Allah saya akan turun beramai-ramai dari Melaka sebagaimana yang kami lakukan semasa Demo Bersih dahulu.

Comments

Maaf , ini tak sokong.
Dan tidak akan di sokong.
Negara sudah rugi banyak perlajar yang tak faham faham BI.
Dan juga wang ber beliyon -beliyon sudah hangus oleh menteri pendidikan .
Negara Jepun pun sudah rancang bahawa semua perlajar mesti arif BI.Jika tidak , jepun akan dikalahkan oleh negara China dan Korea dalam semua bidang teknoloji tinggi.

Jika mahu bantah , bantah ISA , bantah NEP ,bantah harga barang naik atau pun bantah rasuah.