SAYANGKAN ATAU BENCIKAN BAHASA MELAYU ? ~ Ref Malaysiakini

Jika anda sayangkan Bahasa Melayu tidak mahu ianya dihina dan seterusnya pupus, maka saya cadangkan saudara-saudari semua hadir beramai-ramai di hadapan Kompleks membeli belah Sogo, Kuala Lumpur bagi memberikan sokongan Gabungan Membantah PPSMI (GMP) jam 3 petang esok.

Program ringkas ini diakhiri dengan acara pelancaran oleh Pengerusi Induk GMP, Dr Hassan Ahmad.

JIKA ANDA BENCIKAN BAHASA MELAYU DAN MAHU IANYA DIPUPUSKAN, MAKA ANDA BOLEH CADANGKAN SUPAYA POLIS MENANGKAP PARA PESERTA HIMPUNAN ESOK.

NAMUN SAYA RASA ANDA TIDAK PERLU MENCADANGKANNYA KERANA POLIS SUDAH FAHAM DENGAN KEHENDAK KERAJAAN BN YANG SEMEMANGNYA BENCIKAN BAHASA MELAYU.

SUDAH PASTI POLIS AKAN BERKAWAL DI SANA DAN 'SILAP HARIBULAN' PESERTA HIMPUNAN AKAN DITANGKAP.

Itulah nasib Bahasa Melayu ditanahair sendiri. Akibat dari sifat bongkak, hati batu, kuda kayu, otak udang dan sebagainya Bahasa Melayu melukut di tepi gantang di negara sendiri.

Comments

muraisenja said…
water canon dah siap dah cuma tunggu tika da saatnya utk di semburkan saja...jika ianya berlaku esok apa bzanya dgn tentera zionis menyerang rakyat palestin di semenanjung gaza
..TAKBIR....Allahu Akbar 3X
Saya ada satu cadangan kepada mereka yang benci dengan Bahasa Melayu terutama orang melayu adalah diminta keluar dari bangsa ini. Anda tidak diingini kerana anda adalah murtad dalam aspek bangsa. Untuk orang UMNO kalau anda juga benci dengan Bahasa Melayu keluar UMNO atau hapuskan sahaja perkatan M yang bermaksud Melayu atau Malay atau hapuskan sahaja UMNO kerana orang-orang UMNOlah yang merosakan Bahasa Melayu. Mahathir bukan orang melayu sebab itu dia tidak tahu berbahasa melayu dengan baik dan sebab itu dia amat benci dengan Bahasa Melayu. Mahathir ingat guna bahasa penjajah boleh buat negara ini maju. Dia silap kerana dia belajar sejarah tidak habis. Semua negara maju menggunakan bahasa kebangsaan mereka daripada peringkat pra sekolah hingga ke peringkat ijazah tinggi. Buktinya adalah Jepun, Jerman, Korea, China, Rusia dan banyak lagi. Penjajah pun belajar Bahasa Melayu sebelum mereka menjajah kita dahulu. Saya amat berharap Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dalam semua peringkat bahkan menjadi bahasa teknologi, bahasa perniagaan dan segalanya. Biar orang lain belajar bahasa kita. Tapi malang bahasa melayu umpama sampah atau daun-daun kering yang terus dipinggirkan pada pandangan orang-orang besar negara sehinggakan universiti-universiti tempatan sudah meninggirkan Bahasa Melayu. Bukti senang sahaja, dengan wujudnya MUET. Bahasa penghantar pembelajaran dalam bahasa penjajah. Tesis ditulis dalam bahasa penjajah dan tidak ada paksaan pelajar asing untuk lulus Bahasa Melayu sebelum menuruskan pengajian. Sedih bila lihat Bahasa Melayu dihina sebegini rupa oleh bangsanya sendiri. Ingat "HILANGNYA BAHASA MELAYU DI MUKA BUMI INI MAKA HILANGLAH BANGSA MELAYU". Renung-renungkan para cerdik pandai, para pembesar-pembesar Melayu dan segala taraf kehidupan warga Malaysia yang berbangsa MELAYU
kekwa66 said…
Baru sekarang nak demo..tak apa, masih tak terlambat!! BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA, BAHASA JIWA BANGSA...jeritlah sekuat2 hati slogan ini nanti ya!