RINTIHAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Inilah salah satu rintihan rakyat yang dihantar kepada saya (Maaf Bahasa yang digunakan adalah bahasa santai dan sms)

Kenapalah perlu parking berbayar terutamanya di kawasan-kawasan awam? walaupn org berpikir yg bayaran RM1.00 terutamanya di tmpat letak motorsikal murah tp kalo selalu parah gak "kocek" dibuatnya.

Mengapakah lot parking terutamanya di kawasan2 awam seperti Melaka sentral, hangtuah mall dan sebagainya kene bayar walaupun segala infrasturuktur telah dibina menggunakan duit rakyat(cukai2 yg dipungut oleh kerajaan).

Satu lagi, apakah modal yang disumbangkan oleh pengusaha2 lot-lot parking ini...tar(duit rakyat), infrastruktur (duit rakyat), elektrik (guna lampu jalan ajer sudey tu pn duit rakyat)........rasanya modal terlalu ciput (besi, mangga, pondok satu) so diorg nie meniaga atas angin ajer dan untung besar.

Satu lg isu, sekiranya motor atau kereta hilang atau rosak di kawasan parking tersebut, pihak pengusaha awal2 lg telah menyatakan yang "Segala kecurian atau kerugian adalah tanggungjawab pengguna bukannya pengusaha parking berkenaan".

Duit pengguna diorg nak tp bila ader masalah diorg taknak bertanggungjawab. Korang tak pelik kah. Kalo parking di kawasan persendirian tu lain la, dah tentu2 modal agak besar tuan punya tanah yang keluar.

You all pikirla sendiri...

Comments

Anonymous said…
satu cara mengelak orang perking lama atau kawasan parling tak mencukupi atau hendak mengalak orang guna kenderaan awam atau parking percuma bukan wow factor umno