PRK KUALA TERENGGANU : FITNAH BN TIADA KESAN KEPADA PAS ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin BN terus menggunakan taktik tradisionalnya memfitnah lawan politiknya tidak kira masa dan ketika. Ianya makin bertambah hebat pada ketika musim pilihanraya berlangsung samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. 'Hobi' pemimpin BN ini terutamanya Umno dibantu oleh sekutu rapatnya iaitu media arus perdana yang terbukti menjadi pembantu setia dan pengampu nombor satu yang sudah pasti menjadi lidah kepada pemimpin BN ini.

Inilah juga fenomena yang berlaku menjelang pilihganraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Sebaik sahaja berita kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu Allahyarham Dato' Razali Ismail tersebar pemimpin BN tidak perlu menunggu lama untuk mengatur dan menulis 'skrip' fitnah mereka keatas Pakatan Rakyat yang akan ditentang oleh mereka pada setiap kali pilihanraya. Undang-undang dan peraturan diketepikan tanpa segan silu. Sepatutnya BN tidak boleh berkempen sehinggalah selepas penamaan calon pada 6 Januari ini. Namun calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan pemimpin-pemimpin BN lain khasnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak siang-siang lagi berkempen dari rumah ke rumah selain dari menyerang PAS dan sekutunya dalam PR dengan 'meriam' dan 'bom' menggunakan media arus perdana.

Pelbagai tohmahan dan fitnah digembar-gemburkan oleh mereka guna untuk menarik sokongan rakyat dan pada masa yang sama berusaha untuk memecah belahkan perpaduan utuh di dalam PR. Mereka juga cuba melaga-lagakan kepimpinan PAS agar bergaduh sesama sendiri bagi melemahkan PAS.
Fitnah pertama yang cuba mereka mainkan ialah kegagalan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama mereka juga cuba melaga-lagakan DAP dan PAS dalam isu hudud ini. Malangnya taktik kuno BN ini tidak menjadi dan hanyut begitu sahaja ditelah masa. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang secara terang dan jelas menyatakan bahawa kewajipan melaksanakan hudud sekarang ini terletak kepada BN kerana BN mempunyai kuasa di peringkat Pusat manakala PR hanya memerintah negeri di mana semua enakmen-enakmen yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan akan terbatal dengan sendirinya. Selain itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga menjelaskan hudud hanya dikenakan kepada orang Islam. Isu hudud adalah zalim juga tidak berbangkit kerana bukan muda untuk hudud dijatuhkan hukuman keatas pesalah tidak sebagaimana ISA yang digunaka untuk menaham rakyat tanpa bicara. Akhirnya setelah beberapa minggu isu hudud ini dimainkan akhirnya BN sedar bahawa orang bukan Melayu sudah lama menerima hudud.

Pemimpin BN juga kempunan untuk melihat kerajaan PR Perak dan lain-lain negeri berpecah akibat perbezaan pendapat Cubaan mereka mengkritik Kelantan tidak diendahkan oleh rakyat negeri yang rata-rata sudah lama mengenali hudud. Naib Pengerusi DAP YB M Kulasegaran secara jelas menyatakan bahawa hukum hudud ini untuk orang Islam dan DAP menghormati keputusan PAS untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Pimpinan DAP juga komited untuk membantu PAS pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini. Kini isu hudud ini tidak lagi dimainkan oleh media kerana terbukti ia memakan diri BN sendiri.

Pemimpin BN juga sebagaimana biasa me'recycle'kan isu lama mereka iaitu isu keganasan pemimpin dan penyokong PR. Mereka menuduh ahli dan petugas kita ganas, tidak mengikut undang-undang dan samseng. Maka tidak hairanlah kerajaan BN memperalatkan Polis apabila lebih dari 6,000 anggota Polis diarahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang tempoh kempen atas alasan untuk mengawal keselamatan. Kita juga tidak hairan jika pelbagai perkara dan aksi ganas akan di'lakon'kan sekali lagi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebagaimana 'lakonan' hebat mereka dalam peristiwa ganas dan kejam Polis menembak 2 orang penyokong PAS dalam peristiwa Batu Burok pada tahun 2007 lalu.

Selain itu BN cuba pula melaga-lagakan pimpinan PAS dalam isu pemilihan calon. Mereka menuduh pimpinan PAS bertelagah antara satu sama lain di mana mereka cuba mengetengahkan calon masing-masing. BN cuba mensensasikan cerita bahawa dua puak bertelagah dalam pemilihan calon ini iaitu puak PAS Terengganu dan Puak Erdogan yang akhirnya menyebabkan pengumuman calon PAS terpaksa ditangguhkan sehingga 1 Januari 2009. Namun sebaik sahaja Presiden PAS mengumumkan bahawa calon PAS adalah ADUN Wakaf Mempelam, YB Haji Mohd Wahid Endut pemimpin BN dan media seolah-olah terkejut dan terdiam sejenak. Selepas itu barulah mereka cuba memperlekeh-lekehkan kredibiliti dan kepopularitian YB Wahid yang kata mereka hanya terkenal di DUN Wakaf Mempelam sahaja.

Kini pemimpin BN dan media pengampu mereka tercari-cari isu dan idea untuk memfitnah PAS dan calonnya. Namun nampaknya mereka ketandusan idea. Hendak buat jahat pun sudah tiada idea apatah lagi hendak buat baik.

Tidak syak lagi BN benar-benar berada dalam keadaan tertekan sekarang.

Comments

broooo... said…
budaya umno tetap tk akan berubah walaupun tlh diberi masej keras pd PRU12 yg lepas...

rasuah & ugutan menjadi senjata utama, disamping mengekploitasi media perdana yg mudah dibeli dgn harga maruah yg begitu murah/rendah serta menyalah gunakan jentera kerajaan termasuk polis... matlamat mereka adalah kekal berkuuasa….

yg jelas adakah semua janji2 yg sudah, telah di langsaikan????????

umno pembela MELAYU,
persoalannya adakah ini benar??????

1) kerajaan manakah yang yg mendikriminasikan negeri mejoriti MELAYU Kelantan?

2) kerajaan manakah yang menengtang pelaksanaan hukum Hudud & Qisas di Kelantan?

3) kerajaan manakah yang merampas eset rakyat (TNB, TM & etch...) & menberikan pada individu2 kroni tertentu atas nama pengswastaan?

4) kerajaan manakah yg mengadaikan maruah & menjual Tanah Melayu Singapura kepada Singapore?

5) kerajaan manakah yg membiarkan tanah jajahan Melayu Pulau Batu Putih jatuh kepada Singapore?

6) kerajaan manakah yg menjatuh kan maruah negara dgn membatalkan pembinaan Jambatan Bengkok mengantikan tambak Johor?
7) kerajaan manakah yg mengerakan tentera & menyerang & membunuh penduduk Melayu Islam Memali?

8) kaum manakah yg paling ramai termiskin di Tanah Melayu - Malaysia?

9) kaum manakah yg paling ramai berpendapatan bawah 1000 ringgit?

10) kaum manakah yg mejoritinya mengisi jawatan bawahan (kuli) dlm sektor swasta & perindustrian?

11) Kaum manakah yg paling ramai tercicir & tk mampu melanjutkan pelajaran kerana kemiskinan setelah "biasiswa" dihapuskan & digantikan dgn pinjaman PTPTN.
12) siapakah yg membela & memperkayakan jutawan2 terkenal Negara (antaranya lim goh thong, aric chia, Vincent tan, petric lim, ananda krisna & banyak lagi)?
13) siapakah yg paling aktif mengganggu pentakbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat dgn mengunakan jentera kementerian pembangunan luar Bandar?

dan banyak lagi persoalan yg mungkin tk terhuraikan.

jawabannya kepada semua persoalan diatas adalah =

= """"""""""" M E L A Y U """"""""""

Diharapkan jentera kempen di PKKT - P036 dapat menjelaskan isu2 yg di utarakan diatas.
Anonymous said…
Kalau dah PAS yang kononnya mengamalkan budaya Islam pun `pembikin' fitnah terbesar di dunia, mcm mana nak tegur orang lain buat silap. ibarat nyamuk seberang sungai dia nampak, gajah depan mata tak nampak. maklumlah, parti jahil ibarat yahudi laknatullah ini, mana nak dapat sokongan.