PRK K.TERENGGANU : PR MENANG PUSINGAN PERTAMA ~ Ref Malaysiakini

PR sudah menang pusingan pertama pada hari penamaan calon semalam. Ternyata perarakan penyokong PR jauh lebih ramai berbanding perarakan penyokong BN. Pendekata PR sudah menang pusingan pertama.

Dianggarkan lebih dari 20,000 penyokong PR bersama-sama dengan pimpinan mereka berarak dari surau Taman Permint Jaya, Jalan Pusara menuju Pusat Penamaan calon di Stadium Negeri. Mereka berselawat dan bernasyid sepanjang perjalanan menuju stadium tersebut.

Manakala di pihak BN seperti biasa penyokong mereka menunjukkan lagak ganas, tidak berakhlaq dan liar. Menurut Utusan Meloya (Malaysia), hanya kira-kira 10,000 penyokong BN yang berarak semalam. Jadi jika Utusan melaporkan 10,000 yang hadir semalam, itu bermakna jumlahnya kurang dari 10,000, sebab Utusan biasanya akan mengira jumlah kehadiran penyokong BN dengan bayang-bayang penyokongnya juga.

Apa yang lebih menarik perarakan PR turut disertai penyokong-penyokong dari kaum India, Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 orang. Pemimpin utama DAP seperti YB Lim Kit Siang dan YB Teresa Kok juga turut hadir.

Pada hari pengundian yang ditetapkan pada 17 Januari ini, seramai 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan mengundi.


Comments

Anonymous said…
Tapi perlu berhati-hati dengan orang yang menyamar sebagai penyokong PAS, sebaliknya penyokong BN. Mereka mungkin menghantar leaflet/kertas yang mengandungi kenyataan berbaur fitnah dan perkauman. Ini perlu dielakkan dan perlu dipantau.
Anonymous said…
Sesiapa yang masih mahu menyokong BN adalah mereka yang buta, bisu dan pekak di hati mereka.
Mari lah kita berdo'a semoga seluruh rakyat Kuala Trengganu memangkah PAS untuk menjadikan satu mesej yang jelas kepada BN yang telah memperdayakan rakyat selama 50 tahun.
Undilah PAS, Undilah PAS.
Jangan undi calon BN kecuali nak ikut dia pergi Karaoke.