PRK K.TERENGGANU : APA YANG YB PAS BOLEH BUAT KALAU MENANG? ~ Ref Malaysiakini

Ramai pengundi Kuala Terengganu yang bertanya apa yang YB Wahid boleh kuat kalau beliau menang.

"BN boleh bagi 'pitih' kalau menang, belum menang pun dah bagi doh"

Saya ingin jelaskan banyak YB PAS boleh bagi antaranya :-

1) Memberikan teguran dan pandangan kepada kerajaan tentang apa juga langkah dan dasar kerajaan yang bertentangan dengan agama, keadilan, kezaliman dan penindasan kepada rakyat.

2) Menyuarakan cadangan dan pandangan kepada kerajaan untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit dari segi ekonomi, politik, demokrasi, hak asasi manusia dan lain-lain.

3) Tidak bersekongkol dengan apa juga tindakan kerajaan BN dalam dasar dan langkah kerajaan yang jelas bertentangan dengan agama dan kepentingan rakyat seperti ISA, kenaikan harga barang dan lain-lain.

4) Mengukuhkan kedudukan PR dalam parlimen dengan pertambahan satu kerusi dengan itu BN tidak akan berani melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kepentingan rakyat.

dan banyak lagi ........

Untuk pengundi yang mengutamakan 'pitih'dua tiga ratus ringgit ingatlah duit sebanyak itu tidak memberikan jaminan masa depan. Adakah duit sebanyak mampu untuk menjamin kedaulatan agama, bangsa dan negara.

Comments

azreen said…
rakyat ingin kan pemimpin yang sebenar..tidak menjual agama..tidak menjual bangsa demi kepentingan politik serta peimpin yang boleh memimpin dan yang paling penting amanah
bungaraya said…
Saya setuju dengan komentar azreen. Rakyat memerlukan pemimpin yang bukan saja bijak berkata-kata, malah mampu untuk membawa pembangunan kepada Kuala Trengganu.
Parti yang sesuai diundi ialah UMNO/BN Hanya parti itulah yang boleh membawa pembangunan kepada kita semua. Suara PAS yang nak diharapkan. Sebagai kerajaan negeri di Perak, Pas hanya berretorik kepada penganut islam, tetapi kepada bukan islam, Tanah 999tahunpun dibaginya. Kenapa tak bagi yang islam juga?. Di Selangor, PAS pun ikut memerintah. Kenapa zakat nak dibagi kepada non-muslim? Kluk-klek.
Anonymous said…
Pas kalau menang, jadi abu, kalah jadi arang. Maknanya, PAS di Malaysia ni macam melukut tepi gantang. tak berguna langsung. menghuru hara kan malaysia. menyesatkan Islam dan menjadi ejen barat dalam pembangunan sejagat.