Sekali lagi disahkan bahawa Polis bertindak ganas. Kalau dahulu tahun 1998, 'bapak' Polis iaitu Ketua Polis Negara ketika itu, Rahim Noor bertindak memukul Anwar Ibrahim sehingga setengah mati, kini rentetan keganasan Polis ini berterusan.
Di Batu Burok 2 orang awam dituduh cuba mencederakan Polis pada tahun 2007 dahulu sehingga kedua-duanya iaitu Suwandi Abdul Ghani dan Azman Aziz ditembak oleh Polis. Suwandi hampir mati 'dikerjakan' oleh Polis. Namun sebaliknya Suwandi dan Azman yang didakwa di mahkamah anggota yang menembak mereka tidak dikenakan sebarang tindakan.
Hari ini sekali lagi Suhakam mengesahkan Polis bertindak ganas. Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memutuskan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei tahun lalu.
Hari ini sekali lagi Suhakam mengesahkan Polis bertindak ganas. Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memutuskan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei tahun lalu.
Panel tersebut berpendapat berlaku kekerasan oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas seorang mekanik, Chang Jiun Haur (gambar) dan rakannya, Chan Siew Meng.Chang mendakwa dia dipukul tanpa sebarang sebab oleh FRU dan seorang anggota polis pada malam berkenaan. Dia juga mendakwa polis menghalang keretanya dan memukulnya dan tiga penumpang lain.
Panel Suhakam itu hari ini bersetuju dengan Chang dan berkata penggunaan kekerasan yang melampau telah menjejaskan keselamatan mereka.
Saya mengharapkan Polis dapat melakukan siasatan terperinci dan menghukum anggotanya yang bersalah memukul Chang hingga begitu teruk. Rakyat tidak mahu Polis menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka sewenang-wenangnya hingga timbul sangkaan buruk bahawa Polis jahat dan ganas.
Saya juga merayu kepada Polis supaya tidak diperalatkan oleh BN semasa kempen PRK Kuala Terengganu. Jangan nanti Polis bertindak seolah-olah berpihak kepada BN dan menjadi anggota keselamatan BN bukan Polis Diraja Malaysia.
Comments