Saya menggesa Jabatan Buruh dan Tenaga Rakyat serta kerajaan prihatin terhadap masalah pembuangan pekerja yang bakal berlaku secara besar-besaran dalam waktu terdekat. Mengikut statistik yang dikeluarkan sendiri Menteri Sumber Manusia setakat ini sudah 12,000 pekerja kehilangan pekerjaaan mereka sehingga 12 Januari lalu manakala 45,000 pekerja akan diberhentikan terus atau sementara menjelang Tahun Baru Cina ini.
Manakala di Melaka, Exco Kerajaan Negeri, Mohd Yunos Hussin menyatakan bahawa kira-kira 500 pekerja sudah pun dibuang kerja. Saya tidak pasti samada angka yang diberikan itu tepat atau tidak.
Beberapa kilang pembuatan terutama di sektor semikonduktor dijangka akan memberhentikan operasinya tidak lama lagi atas alasan kegawatan dan tiada permintaan dari pelanggan.
Masalah ini adalah sangat serius. Apa yang dikesalkan saya tidak nampak kesungguhan yang dilakukan oleh Jabatan Buruh dan kerajaan negeri dalam menangani isu ini. Banyak aduan dan rungutan dari pekerja yang terlibat tidak mendapat layanan yang sebaiknya. Tidak ada tindakan yang effektif di ambil oleh pihak berkenaan.
Saya sendiri menerima beberapa aduan dari pekerja yang terlibat yang sudahpun membuat laporan kepada pihak berkenaan namun mereka tidak berpuashati kerana tiada tindakan yang konkrit dan memuaskan hati mereka diambil.
Saya bimbang akan lebih ramai pekerja yang teraniaya akibat dari sikap majikan yang sesetengahnya mengambil kesempatan dari masalah ekonomi untuk memberhentikan pekerja sedangkan masalah yang mereka hadapi belum begitu teruk. Namun oleh kerana untuk mengurangkan kos operasi dan mencari keuntungan yang lebih pekerja menjadi mangsa.
Satu lagi masalah yang mesti diatasi segera oleh pihak berkenaan ialah memberikan penerangan tentang hak-hak pekerja yang diberhentikan ini dari segi undang-undang buruh dan akta-akta yang melindungi mereka. Pekerja di Malaysia sebenarnya tidak peka dan kurang arif tentang hak-hak mereka sehingga mereka diperkotak-katikkan oleh majikan dengan sewenang-wenangnya.
Saya juga mencadangkan kepada Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC) supaya lebih agresif dan sensitif tentang masalah ini. Sehingga ini saya belum nampak kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak MTUC dalam menangani masalah ini. Sudah berpuluh ribu pekerja yang dibuang tetapi MTUC masih dilihat tidur dan diam seribu bahasa. Adalah lebih baik MTUC membuat perhimpunan besar mengumpulkan seluruh pekerja yang diberhentikan ini bagi memberi penerangan tentang hak dan insentif yang sepatutnya mereka perolehi setelah dibuang kerja.
Bagi kerajaan pula, exco berkaitan mencari jalan untuk memberikan dana untuk mereka yang terlibat berniaga atau memula penghidupan baru dalam bidang lain dengan memberikan latihan dalam bidang-bidang baru dan juga asas keusahawanan.
Comments
Juga bemakna 50000 akan hilang kerja secara "indirect" jika kilang gergasi macam INTEL tutup kilang.
Dari bas driver, lorry driver, makanan,kapalan,agent,pembekal , insurance,syarikat iklan dan perbagai lagi.
kerajaan malaysia lambat dan tak tahu macam mana untuk elak kilang tutup kedai.
Tapi INTEL akan tambah perlaburan di Mexico ,Philippine dan Isreal.
Yang amat sukahati dan riang ria sekarang ialah Tun mamak dan sesiapa yang boycott barangan America.
Tapi lupa dengan yang 50000 (5000 direct)yang akan hilang kerja.
Jangan perbodoh kan orang melayu lagi, sudah lama di perbodohkan.
"Tapi INTEL akan tambah perlaburan di Mexico ,Philippine dan Isreal."
Philippine akan tutup kilang, cuma Mexico dan Israel yang ditambah.