Seorang pelajar India beragama Hindu memecah rekod di negeri Melaka apabila belajar di PASTI Al-Kauthar, Ayer Keroh.
Pelajar tersebut bernama Vinod amat gembira bersekolah di PASTI tersebut tanpa rasa kekok dan malu.
Vinod merupakan pelajar bukan Islam pertama bersekolah di sebuah PASTI dalam negeri Melaka. Jelas sekali PASTI semakin diterima oleh rakyat pelbagai kaum dan agama.
Ini bersesuaian dengan slogan PAS FOR ALL. Saya akan siarkan gambar beliau kelak.
Comments
Kalau seorang anak India yang beragama Hindu boleh belajar dan berminat belajar di PASTI, bagaimana pula dengan anak kita yang kita banggakan sebagai Melayu Islam?
Apapun tahniah untuk adik Vinod dan keluarganya kerana memilih PASTI sebagai tempat untuk belajar. Buat kedua ibubapa adik Vinod, tuan dan puan telah membuat pilihan yang tepat. TAHNIAH.
ISLAM UNTUK SEMUA, PAS UNTUK SEMUA.
www.pemudakemehe1.blogspot.com