Sudah 2 kali amaran diberikan oleh rakyat tentang sikap angkuh dan sombong BN. Kali pertama pada PRU 2008 dan kali kedua pada Ogos 2008 di Permatang Pauh. Namun BN masih kekal dengan perangai lamanya tanpa sebarang perubahan.
ISA terus dipertahankan. Rakyat miskin terus terhimpit disebabkan dasar kerajaan BN yang membiarkan harga barangan melambung naik tanpa kawalan. Selepas sahaja PRU 2008 BN tidak serik sebaliknya menaikkan harga minyak sehingga 78 sen suatu kenaikan yang hanya boleh diterima oleh orang yang kurang siuman. Jenayah semakin teruk dan membarah. Kedaulatan Islam dan Melayu dibiarkan malah dipinggirkan oleh kerajaan BN. Pelbagai program yang menyakitkan hati rakyat terus dilakukan oleh kerajaan BN.
Rakyat menanti dan menanti untuk menghukum BN. Selepas PRU 2008, rakyat menunggu 5 bulan memerhatikan samada kerajaan BN berubah atau tidak. Namun bila tiba bulan Ogos 2008 kerajaan masih dengan perangai lamanya. Jadi rakyat tidak berlengah terus menghukum BN dengan kekalahan memalukan pada PRK Permatang Pauh.
Selepas itu rakyat menyangka mungkin BN akan berubah. Namun terbukti BN juga tidak berubah malah semakin bongkak dan rakus. Sehinggalah kematian Allahyarham Dato' Razali Ismail memberikan peluang kepada rakyat menghukum kerajaan BN.
Akhirnya 17 Januari lalu sekali lagi rakyat memberikan isyarat yang amat penting kepada BN. Tetapi saya yakin BN akan tetap tidak berubah kerana penyakit zalim, bongkak dan gila kuasa ini sudah sebati dengan pemimpin BN terutama Umno.
Kini rakyat menunggu Pilihanraya Negeri Sarawak dan PRU 13.
Comments
Yang penting sekarang ialah PR siap sedia untuk snap election dan di Sarawak.
Kali ini, mari kita gotong royong ramai-ramai untuk PR menang dan biar bn jadi batu nisan.