PAS MELAKA PERLU BERUBAH ~ Ref Malaysiakini

Komen menarik blogger angkasanuuri tentang PAS Melaka. Jadikan ia sebagai komen positif untuk memantapkan PAS Melaka.
Komen beliau ....

Saya tertarik dengan tulisan rakan-rakan tentang Pas Melaka. Menurut mereka Pas Melaka perlu melakukan perubahan kalau hendak mencapai kejayaan.

Bagi saya Pas Melaka tidak jauh ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain yang telah berjaya menghantar wakil ke DUN dan Dewan Rakyat. Tidak adanya wakil di sidang Dun dan Dewan Rakyat menyebabkan Melaka kini mendapat jolokan sebagai kubu umno yang paling kuat dalam dunia yang sebelum ini disandang oleh Johor dan Negeri Sembilan. Sehingga ada lawak dari kawan-kawan, kalau Umno letak tunggul kayu bertanding di Melaka pun boleh menang!

Sebenarnya dalam beberapa aspek, Pas Melaka agak mendahului negeri-negeri lain.Program tarbiyyah juga agak mantap. Misalnya usrah Pas kawasan di tempat saya berjalan dengan baik sekali mengikut jadual. Setiap hujung minggu apabila saya hadir bersama keluarga ke kuliah dhuha mingguan yang diadakan oleh Ustaz Zulkifli , Ketua Dewan Ulama Pas Melaka di Baitul Qura kehadiran ahli dan penyokong Pas begitu menggalakkan terutama golongan muda dan profesional.
Begitu juga dengan aktiviti pemuda yang banyak melibatkan program kemasyarakatan dan menjadi pelopor dalam isu kemasyarakatan dan isu semasa. Misalnya isu babi di Paya Mengkuang dan isu Palestin. Malah dalam beberapa aspek lebih baik berbanding dengan negeri-negeri lain. Misalnya aktiviti pengedaran risalah dan misi dakwah pada malam ambang kemerdekaan. Begitu juga dengan aktiviti riadah untuk golongan muda seperti kejohanan bowling yang diadakan baru-baru ini.

Persoalannya kenapa Pas Melaka tak menang atau payah nak menang dalam pilihanraya? Apa yang saya perhatikan Pas Melaka memiliki gabungan yang mantap adunan di antara golongan profesional dan orang lama atau veteran dalam Pas. Cuma apa yang saya perhatikan gerak kerja Pas Melaka masih lagi kurang berfokus. Strategi taktikal dan ilmu pilihanraya masih lagi jauh ketinggalan. Misalnya penculaan dan latihan kepada petugas pilihanraya sudah ketinggalan zaman. Pas Melaka masih terumbang-ambing dalam gerak kerja pilihanraya yang sistematik.

Di samping itu apa yang saya perhatikan kepimpinan Pas Melaka segelintir daripada mereka masih berada dalam zon selesa dan masih mengekalkan gaya kepimpinan 1980-1990-an yang tidak sesuai dengan senario masyarakat sekarang. Untuk membuat perubahan besar Pas Melaka perlu berani membuat perubahan. Perubahan sikap, perubahan organisasi, perubahan strategi dan perubahan dari segi cara dan gaya berfikir.
Wallaualam.

Comments

Anonymous said…
sebenarnya PAS x de sokongan kuat drp org Melaka. Orag Melaka mahukan kerajaan yang boleh buat kerja.bukan mcm PAs yg tahu kutuk n komen je...buat kerja x reti....ada ketua penerangan x berfungsi....
"apa yang saya perhatikan gerak kerja Pas Melaka masih lagi kurang berfokus."

Saya setuju pendapat awak di atas Sofi, tetapi untuk tukar yang awak sebutkan itu memerlukan pengorbanan yang besar.

Bolehkan diyakinkan PAS Melaka pengorbanan itu perlu dilakukan? Dengan segera?

kerana, semakin ditangguh, semakin sukar memperbaikinya.
si lembik's said…
saya mahu juga mengulas isu ini tapi berikan sedikit masa. tetapi secara ringkas saya berkata disini jika PAS melaka masih mengamalkan sikap yang sama, saya berkeyakinan yang PAS melaka tidak akan memenangi sebarang kerusi pada PRU 13. Melaka banyak isu tetapi gagal dimain dan digarapkan dengan sempurna oleh para pimpinan..sayang sekali.....
Anonymous said…
PAS MELAKA TIDAK PROAKTIF DALAM MENYAMPAIKAN DAN MENJAWAB ISU-ISU SEMASA. HAL INI DAPAT DILIHAT DALAM MASA SEBULAN NK DIADAKAN SATU CERAMAH PUN SUSAH....JIKA DI SENAWANG HAMPIR TIAP TIAP BULAN DIADAKAN CERAMAH NATIJAHNYA....DUN PAROI DI KUASAI OLEH PAS....HARAP PAS MELAKA LEBIH PROAKTIF