OBAMA : HARAPAN YANG BELUM TENTU KESAMPAIAN ~ Ref Malaysiakini

Seluruh dunia mengaharapkan suatu perubahan mendadak akan berlaku pada setiap kali Presiden Amerika yang baru dilantik. Begitu jugalah dengan perlantikan Presiden Barrack Hussein Obama yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 2 hari lepas. Seluruh dunia menaruh harapan yang tinggi untuk melihat suatu perubahan besar dalam kemelut politik dunia terutama isu berkaitan Palestin, Iraq dan Afghanistan serta dunia Islam lain.
Kalau selama ini Amerika yang sebelum ini sombong dan bongkak lantaran negara itu perasan bahawa merekalah satu-satu kuasa besar dunia yang paling berkuasa selepas kejatuhan Soviet Union, seluruh manusia di dunia mahu melihat sinar baru dalam hubungan antarabangsa, ekonomi dan sebagainya.
Amerika sering dilihat berat sebelah dengan meredhakan semua tindakan Israel yang bermaharajalela membunuh manusia tanpa belas kasihan di Palestin dan kawasan sekitarnya sejak ratusan puluhan tahun lamanya.
Amerika terus menguasai ekonomi dunia dengan dasar kapitalis dan pengunaan dollarnya dalam urusan perdagangan dunia walaupun sejak-sejak akhir ini ekonomi negara itu juga hampir runtuh.
Bagi saya, dunia tidak perlu meletakkan harapan menggunung kepada Obama kerana sejarah telah membuktikan bahawa Presiden Amerika sebenarnya terikat dan takut kepada pelobi-pelobi Yahudi yang sebenarnya menguasai eokonomi dan politik Amerika. Semua tindakan yang bertentangan dengan kehendak Yahudi sudah pasti mendapat tentangan dan akhirnya Presiden terpaksa akur dengan segala perancangan dan kehendak Yahudi tersebut.

Comments

baca-baca said…
Saya amat bersetuju dgn pendapat saudara.Amatlah dikesalkan apabila ramai pemimpin dan orang Islam sendiri yang masih berharap pd amerika utk menyelesaikan konflik palestin-amerika malah utk membawa dunia pada keamanan konon...
tak faham2 dan tek reti2 lagi ke dgn perangai amerika? tak kiralah sapa pun presidennya...pasti sama saja..p/s jgn berharap pd golongan kuffar, sendiri uat lagi bagus, mintak pd Allah SWT.