Kekalahan BN di Kuala Terengganu benar-benar memberi tamparan hebat kepada Najib Tun Razak. Beliau yang menjadi kepala perang kepada BN dilihat gagal menyakinkan rakyat untuk mengundi BN.
Sebagai kepala perang BN sudah tentu segala taktik dan strategi BN datang dari kepala otak beliau atau dari 'jeneral-jeneral' yang lain dan dipersetujui oleh beliau.
Antara tindakan bodoh BN yang jelas memualkan rakyat seperti melonggokkan Polis yang berjumlah 10,000 orang; penggunaan jentera kerajaan tanpa segan silu; pelacuran media yang menghentam rapat PAS dan PR; janji pembangunan yang menjijikkan; rasuah yang menghina rakyat; ugutan yang tidak masuk akal; penyalahgunaan kuasa oleh orang atasan dan agensi kerajaan; samseng jalanan BN; kebongkakan dan kesombongan jentera BN dan lain-lain. Semua ini sudah tentu direstui oleh Najib sebagai kepala perang BN.
Terbukti bahawa Najib tidak layak untuk memimpin negara kita kerana beliau masih jumud dengan cara dan tindakan seorang kepala perang ala 70-an dan 80-an yang sudah ketinggalan zaman. Rakyat sudah tidak mahu melihat kepada pembangunan mee segera; media yang berat sebelah dan penggunaan jentera kerajaan bagaikan harta pusaka BN. Rakyat mahu melihat program dan perancangan parti dan calon jika menang. Rakyat mahu melihat parti dan calon yang bersedia untuk menjamin kedaulatan mereka dalam isu ekonomi, harga barang, PPSMI dan sebagainya.
Sesungguh zaman untuk berjanji untuk membuat masjid, bangunan dan sebagainya sudah berakhir. Zaman untuk memfitnah calon lawan untuk menang di kaca-kaca TV dan surat khabar sudah tidak relevan. Rakyat sudah cerdik dan pandai, jauh lebih cerdik dari pemimpin BN. Mereka mencari sumber lain seperti laman web, blog dan sebagainya untuk mendapat maklumat yang telus, adil dan cepat.
Dari itu sebagai seorang yang bermaruah oleh rasanya bakal Perdana Menteri ini meletakkan semua jawatannya samada dalam parti atau kerajaan kerana terbukti beliau adalah pemimpin yang ketinggalan zaman sudah ditelan masa dan keadaan. Beliau tidak mampu merubah dirinya seiring dengan perkembangan pemikiran rakyat dan kecanggihan tamadun dunia,. Kita bimbang jika beliau memimpin Malaysia nanti negara kita akan ketinggalan dari arus tamadun manusia dan kecanggihan pemikiran rakyat yang dipimpinnya.
Comments
Hidup PAS
TAKBIR
umno makin karam jika anda akan berterusan jadi pemimpin utama UMNO.
tolitoli
It’s good to have DPM around, at least you are assured to win more seats!!!
Kalau ada orang jujur kat BN, parah bagi PAS!!!