"Seolah-olah perang besar akan berlaku di Kuala Terengganu". Itulah komen spontan salah seorang sahabat saya dengan keputusan Kerajaan BN menghantar 6,000 anggota Polis untuk berkawal sepanjang kempen PRK Kuala Terengganu.
Saya hairan dengan keputusan ini. Mungkinkah ianya sebahagian dari taktik BN untuk menakut-nakutkan pengundi supaya tidak keluar mengundi sebagaimana tindakan yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN semasa kempen PRK Bukit Payong yang dimenangi BN pada era 90-an dulu.
Kita bukannya hendak bergaduh dan berganyang sesama sendiri, parti-parti politik yang bertanding tetapi kita ingin berkempen secara bersih, beretika dan professional.
Saya yakin pemimpin dan ahli PR tidak pernah bertindak ganas jika tidak dilanyak terlebih dahulu atau diprovokasi terlebih dahulu. Biasanya 'pengganas' BN yang sering memukul dan memprovok penyokong PR. Namun yang kena tangkap dan kena tindakan adalah orang PR.
Saya menyeru supaya kerajaan BN tidak membazirkan duit rakyat dengan menghantar anggota keselamatan dengan bilangan yang tidak munasabah.
Apa yang penting kedua-dua parti mesti mendisiplinkan ahli supaya mematuhi undang-undang. Selain itu pihak keselamatan mesti bersikap adil dan telus dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman sepanjang kempen nanti.
Comments
Yang setuju dengan banyak-banyak polis dihantar ke KT betul orang ngook.
6000 bukan nya 600.
KT untuk undi , bukan tempat darurat.
6000 boleh cari Bala , boleh cari adik Sharlinie , boleh hapuskan mat rempit , mat samseng , mat gian hisap gam . Malangnya bukan.
6000 untuk berdiri berbaris macam tugu di KT.
Ini bazir wang.