Mengelak jadi trend.Itu penjelasan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terhadap tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok yang hanya berserban ketika menunggang motosikal di Kota Bharu, Kelantan.
Bagi saya mengelirukan kerana bagi umat Islam memakai serban adalah sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Sunnah adalah sangat digalakkan untuk ditauladani bukannya dihalang dari diikuti.
Memang kita tidak menafikan bahawa memakai topi keledar adalah lebih selamat jika kita fikirkan dengan akal manusia semata-mata. Namun adalah orang yang memakai topi keledar selamat 100%. Semuanya adalah tertakluk kepada kuasa Allah S.A.W.
Saya rasa Musa sebagai orang nombor satu dalam pasukan Polis seharusnya berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terutama yang berkaitan dengan agama Islam. Selain itu undang-undang yang hanya membolehkan Lebai sahaja memakai serban sewaktu menunggang adalah tidak relevan dan bercanggah dengan falsafah sunnar Rasulullah S.A.W kerana bukan lebai sahaja yang digalakkan memakai serban tetapi semua orang Islam lelaki.
Comments
Ingat ana pelik, rupanya anta pun pening. Wakakakak !!!
POLIS DIRAJA berbangsa MELAYU dan beragama ISLAM juga telah menangkap, mendakwa dan memenjarakan pelajar MELAYU beragama ISLAM kerana menunggang motosikal memakai serban.
Kesemua tindakan tersebut dibuat atas alasan KESELAMATAN.
Soalnya, adakah dengan memakai topi keledar itu boleh menjamin keselamatan penunggang motosikal sepenuhnya. Jika benar, kenapa penunggang motosikal di Thailand bebas menunggang motosikal tanpa topi keledar dan mereka masih dilihat selamat.
Dalam soal keselamatan, sikap tanggungjawab penunggang yang berdisiplin dan berhemah ketika memandu adalah penting. Maka eleklah didik rakyat dan masyarakat agar lebih bertanggungjawab, berdisiplin dan berilmu demi keselamatan di dunia dan juga di akhirat.
Serban kan cuma Sunnah je,tak boleh ke buka sekejap untuk pakai helmet.Dah turun motor pakai semula.Aku boleh buat kenapa pelajar2 ni tak boleh buat?Macam2 la yang tak kena kebelakangan ni.