HEBATNYA NEGERI YANG DIPERINTAH BN ~ Ref Malaysiakini

Negeri-negeri yang diperintah PR sering dilemparkan dengan tuduhan dan tohmahan jika berlaku kesilapan dan kelemahan kerajaan negeri PR.
Tohmahan dan tuduhan ini sering dilakukan oleh media pengampu seperti Utusan Meloya, Berita Hairan, TV 3 (Suku) dan lain-lain.

Namun jika sesuatu keburukan dan masalah itu berlaku di negeri BN maka beritanya jarang sekali kita tonton dan dengar. Kalau ada pun ditayangkan kepada kita betapa wakil rakyat BN sangat peka dan berjaya mengatasi masalah tersebut sepantas kilat.

Tetapi saya tertarik dengan laporan sebuah media harian tentang masalah penduduk Kampung Kubang Rusa, Kuala Lipis, Pahang yang terpaksa menggunakan bekalan air paya untuk kegunaan seharian, sejak sepuluh tahun lalu.

Mana pergi ADUN BN, Abdul Rahman Mohamad dan bekas ADUN Abdul Halim Mansor sehingga sudah 10 tahun ianya tidak diselesaikan.

Apakah BN hendak menunggu sehingga 20 tahun baru isu ini hendak diselesaikan.

Gambar di atas hanya sekadar hiasan.

Comments

Ingatkan tadi (sebelum baca) mereka semua gembira dapat berkubang dalam air paya..Pelik juga....Rupa-rupa sekadar gambar hiasan..
Anonymous said…
Salam sahabat, apa nak dihairankan kalau tiada bekalan air bersih disana. Disanakan ada Sungea Jelai boleh tampung keperluan seluruh penduduk Pahang dan boleh jual air mentah dekat Selangor pula. Itulah agaknya apa yang ada dalam kepala otak ADUN tu. Lagi satu itulah kesilapan orang Lepih asyik terpedaya dengan janji manis semasa kempen PRU dulu2. Nasib baik koi dah blah awal2 ke Selangor dan ngundi kat sini, dapatlah air free tiap2 bulan. Orang Lepih kalu nak rasa macam kome ni lepas ni undilah PR. Teringat mase kome kecik2 dulu ngadap sungea Jelai.mnm4774.
Anonymous said…
Awok orang lepih rupenya, kome pun teringat masih kecik-kecik dulu mandi Sungai Telang....dekat Lubok Kulit ........best main terjun
Anonymous said…
Orang lubuk kulit mcmana kome nok ctc awok, ada email x?