BEBERAPA ORANG LAGI YB IKUT JEJAK NASARUDDIN? ~ Ref Malaysiakini

Setelah ADUN Bota, Perak menyertai PKR hari ini beberapa pihak membuat spekulasi bahawa beberapa orang lagi YB termasuk Ahli Parlimen dan ADUN akan turut sama menyeberang menyertai PKR dalam masa terdekat.

Spekulasi ini menguatkan lagi keyakinan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bahawa hasrat PR untuk merampas Putra Jaya tetap dan segar.

Perkembangan ini (ADUN Bota masuk PKR) benar-benar merimaskan AlNajib yang semakin tertekan sejak kekalahan terbaru BN di Kuala Terengganu.

Sementara itu BN Perak khususnya Umno begitu tertekan dengan tindakan ADUN Bota, Nasaruddin menyertai PKR. Satu mesyuarat tergempar di adakan oleh BN Perak malam ini di Ipoh. Walaupun Setiausaha Umno Perak, Ramly Zahari menafikan ianya mesyuarat tergempar, ramai percaya ianya diadakan secara mengejut untuk membincangkan tindakan Nasaruddin menyertai PKR hari ini.

Comments

Anonymous said…
salam..
yb bota bkn sertai PAS..
tapi beliau sertai PKR..
sedikit pembetulan..
Anonymous said…
Bagus lah mereka keluar BN/UMNO. Lagi ramai lagi bagus biar UMNO terus terlingkup.
Bila lagi nak merobah sejarah. 50 tahun kena ugat dan kena tipu, masa nya dah tiba sebab pemimpin UMNO yang ada pun perasan, sombong dan takbur. Kalau tak keluar BN pun, PU akan datang mereka akan tercampak juga insya'ALLAH.
Semoga Ketuanan Rakyat menjadi kenyataan. ALLAHUAKBAR.
Anonymous said…
buatlah apa saja asalkan umno sedar kesilapan yg lalu.

tapi yg pastinya mereka yg kecewa saja yg berbuat demikian. kecewa kerana dah hilang peluang untuk mengaut lebih lagi RM untuk membuncitkan lagi perutnya yg sedia buncit
berita tak rasmi:-

lepas raya cina, akan berlaku majlis hijrah seperti berikut:-

1. ahli parlimen BN masuk PAS
( 2 orang - mgkn di t'ganu )

2. Adun Umno masuk PAS dan PKR
( 2 orang - di selangor )

3. Bekas pimpinan MIC sertai PKR
( 1 orang )


utk berita lanjut, kunjungi :-

www.pemudakemehe1.blogspot.com

sekiranya majlis tersebut benar2 terjadi, PPK1 akan buat liputan secara langsung. tq
Anonymous said…
Jika rakyat bersedia meninggalkan UmnoBN, kenapa tidak MP dan Adun. Tidak timbul kenapa dan mengapa mereka keluar umnoBn masuk PKR/PR, yang penting kesannya terhadap pimpinan mereka yang terus menerus angkuh lagi menjemukan rakyat. UmnoBn tidak akan sedar dan tidak mungkin berubah. Demi rakyat mereka yang masih berakal fikiran, harus meninggalkan parti tersebut dan memilih Pakatan Rakyat sebagai wadah perjuangan mereka.