Pemimpin BN seringkali berjanji terutama pada musim pilihanraya. Namun janji-janji tersebut kerapkali tidak ditunaikan. Ada sahaja alasan yang diberikan jika mereka gagal menunaikan janji tersebut. Jika PR yang gagal menunaikan janji sudah tentu PR tentu dikerjakan media samada elektronik atau cetak.
Semalam Najib Razak berjanji lagi. Kali ini beliau berjanji dan memberi jaminan bahawa peruntukan tambahan RM5 bilion kepada Valuecap Sdn Bhd tidak akan digunakan untuk menyelamatkan individu yang mempunyai hubungan politik atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Adakah rakyat Malaysia percaya dengan janji pemimpin BN terutama Najib?
Persoalannya sudah banyak kali pemimpin BN berjanji tetapi gagal ditunaikan. Contohnya ketika isu kenaikan harga minyak Jun lalu. Pemimpin BN berjanji minyak tidak akan dinaikkan dalam masa terdekat, namun tidak lama selepas itu minyak dinaikkan sehingga RM2.70 seliter.
Sebenarnya rakyat Malaysia sudah serik dengan perbuatan pemimpin BN ini. Dalam isu valuecap ini saya juga tidak yakin 100% yang duit tersebut tidak digunakan untuk kepentingan orang tertentu atau syarikat tertentu.
Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.
Comments
GLC semuanya tidak productive dan mempunyai masalah kewangan. Kerana diurus oleh individul yang kebanyakannya lebih penting diri sendiri. Macam mana kita mempercayai janji-janji. Kerana tidak berada didalam team ini, hanya dengar diberita / suratkhabar sahaja.
Lihat sekarang, tukaran wang kita lemah berbanding US & Bursa Saham yang menunjuk kelembapan.
Semua ini menujuk kemelesetan ekonomi Malaysia yang tidak diurus dengan betul. Kerana semua pemimpin sibuk cabar mencabar and mencari populariti agenda politik masing-masing.
Kita sebagai rakyat hanya jadi mangsa janji and hidup susah.
semasa harga minyak mentah tinggi (>USD130 setong), mereka bercadang system harga minyak selaras dengan minyak mentah supaya rakyat menambungkan kos. apabila minyak mentah harganya turun, mereka bercadang agar harga lantai bagi minyak ditetapkan utk memastikan keuntungan mereka tidak terjejas.
mana boleh pakai kerajaan semacam ni. memang jahanam!!!