SYED AZMAN DIPILIH SEBAGAI CALON PAS? ~ Ref Malaysiakini

Tidak menjadi masalah untuk seorang ADUN bertanding di kerusi parlimen jika beliau diyakini adalah calon terbaik bagi membawa cabaran kepada parti lawan. Inilah juga yang dilakukan oleh BN ketika memilih Ariff Shah untuk menentang Anwar pada PRK Permatang Pauh dahulu.

Bagi saya jika ADUN Batu Burok, YB Syed Azman Syed Ahmad di pilih ia merupakan pilihan terbaik bagi PAS.

Ini berdasarkan beberapa hujah yang saya kemukakan di bawah :-

1) PAS sudah pasti berjaya menepis serangan BN tentang asal usul calon.

2) PAS tidak perlu memperkenalkan siapa calonnya kerana Syed Azman memang sudah lama dikenali dan sekarang adalah ADUN Batu Burok

3) Beliau mempunyai kedudukan yang tinggi dalam parti diperingkat pusat dan kawasan.

4) Berpendidikan tinggi, mempunyai personaliti baik, karisma, akhlaq dan tiada masalah dengan masyarakat setempat. Juga datang dari keluarga yang dihormati di Kuala Terengganu

5) Tidak mendapat tentangan dari anggota akar umbi parti dan pengundi atas pagar

6) Seorang yang dihormati oleh kawan dan lawan

7) Tugas beliau tidaklah berat di Terengganu kerana beliau bukanlah anggota tertinggi parti diperingkat negeri malah beliau juga mempunyai rumah di Kuala Lumpur untuk menumpukan tugas sebagai Ahli Parlimen.

8) Mempunyai pengalaman luas sebagai ahli parlimen dan merupakan ahli parlimen yang lantang, berhujah dengan bernas dan berfakta ketika menjadi ahli parlimen Kuala Terengganu dari tahun 1999 sehingga 2004 dahulu.

Saya harap PAS tidak perlu pening kepala untuk memilih siapa calon terbaik kerana YB Syed Azman adalah calon terbaik.

Comments

Anonymous said…
elok jugak pilih Dr Azman ni. Saya setuju sangat.
Anonymous said…
Tak perlu melobi. Ini cuma beri ruang kesempatan untuk pihak lawan
mempertikai cadagan TGNA. Biar PAS Pusat buat keputusan..kita berdoa aje untuk calon terbaik

SIASAH
Pemuda PAS Kemahang 1 (PPK1) setuju dgn cadangan peribadi YAB Tok Guru Nik Aziz supaya Mat Sabu jadi calon P.36 Kuala Terengganu. Rakyat Terengganu bukan sehari dua bermain politik, tidak kisah sangat calon luar atau dalam. Yg penting, Islam tertegak.

jom lawati laman blog kami utk mengundi calon PAS P.36 Kuala Terengganu...

www.pemudakemehe1.blogspot.com
Anonymous said…
Ini akibat tiada kerja pergi melobi calon ....mengujudkan puak-puak. Berdoa dan buat kerja yang ada faedah..

Belum lawan perang, para tentera dah bergaduh sesama sendiri macamana nak menang..

Jangan ghairah sangat...
Anonymous said…
hampa hanya guna m sabu bila terdesak saja..bg lah dia peluang utk ke parlimen spt kata tgna..
Anonymous said…
Tak dinafikan semua pimpinan dah mainkan peranan masing2 untuk parti. Tapi bagi PPK1, Mat Sabu ni ibarat tentera di barisan hadapan.

kalau kena tembak pun dia yang kena dulu, kalau kena bom pun dia yang kena dulu, kalau kena panah pun dia yang kena dulu.

Bnyk himpunan2 yang diketuainya berjaya. Bersih, ISA dan mcm2 lagi antara sekelumit program yang meletakkan Mat Sabu sebagai 'perisai' kita semua.

elok la tu Mat Sabu jadi calon.