SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB JIKA ORANG ISLAM MAKAN MAKANAN HARAM ~ Ref Malaysiakini

Dewan Rakyat diberitahu bahawa hanya terdapat 18 daripada 2,360 buah yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Industri Halal (HDC).
Siapa yang hendak dipertanggungjawabkan jika umat Islam yang makan di hotel memakan makanan haram tanpa disedari.
Jelas sekali kerajaan BN langsung tidak prihatin dengan masalah ini sehingga membiarkan Hotel menjalankan operasinya tanpa mendapatkan kelulusan Halal kepada makanan yang dihidangkan kepada pelanggannya.
Bukankah kerajaan berkuasa menggubalkan undang-undang mewajibkan semua hotel mendapatkan pengiktirafan Halal. Mana-mana hotel yang enggan mendapatkannya mestilah meletakkan logo TIDAK HALAL di kafe atau restoran mereka.
Inilah suatu kesalahan kerajaan BN yang tidak dimaafkan oleh seluruh rakyat Malaysia khasnya umat Islam.
Dalam hal ini mengapa Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berdiam diri sedangkan dalam isu ISA mereka bermati-matian mempertahankannya????

Jawapan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mashitah Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini sungguh memalukan umat Islam. Mengapa kerajaan BN sanggup membiarkan perkara penting ini berlaku tanpa tindakan yang drastik dan komited.
Saya ingin mencadangkan kepada seluruh umat Islam di Malaysia supaya bangkit menolak kerajaan BN yang jelas tidak serius dalam segenap segi yang melibatkan agama Islam. Mari kita mengajar kerajaan BN ini pada pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Kepada pengundi di Kuala Terengganu saya menyeru agar tuan-tuan dan puan-puan mempelopori kebangkitan rakyat dengan menumbangkan BN di sana dengan pukulan KO hilang deposit.

Comments

Totalcare said…
Apakah masalah dengan makan halal and haram. Masing-masing individu perlu bertangungjawab untuk menentukan makanan yang dia mahu makan bukanyan orang lain atau perlu undang-undang atau suatu pertubuhan.

Bagi masyarakat bukan islam, ada juga makanan-makanan yang tidak boleh makan, tapi saya tidak nampak masalah halal-haram menjadi masalah buat mereka, mereka tahu memilih berdasarkan kewajiban dan kesedaran masing-masing.

Jadi janganlah sampai makanan pun kita mahu menyalahkan orang lain. Masalah berhubung dengan larangan-larangan yang berhubung dengan agama, mereka perlu bertanggung jawab untuk mereka sendiri.
Anonymous said…
Betul la begitu, seperti di jalan raya, kalau takder sign board,penunjuk arah satu-satu tempat, boleh la jugak kan, masing-masing ada arah sendiri..pilh la tempat, maksudnya di sini,itu restoran atau hotel halal ke idak..aper kelembabnya..
kekwa66 said…
Orang Islam bukan setakat nak jaga makan sama ada halal atau haram...tapi dari semua segi! kalau makan makanan halal, tapi ambil duit haram...berdosa juga tu...betul tak??