PRK KUALA TERENGGANU : UMNO SERBA SALAH PILIH CALON ~ Ref Malaysiakini

Walaupun penamaan calon Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Terengganu masih jauh namun Umno benar-benar buntu untuk mencari calon yang sesuai bagi berhadapan dengan PAS yang sudah tentu mempunyai ramai calon yang berkaliber.
Di pihak PAS, nampaknya mereka tiada masalah kerana semua calon yang di'shortlisted'kan mampu untuk membawa kemenangan kepada PAS. Cuma PAS sekarang mencari calon terbaik yang mampu mendapatkan majoriti kemenangan lebih besar.
Samada Dato' Wan Mutalib, YB Syed Azman, Mohamad Sabu atau Prof Madya Khazani Mohamad diletakkan oleh PAS ianya tidak menjadi soal kerana PAS mempunyai pengundi tegar di DUN Wakaf Mempelam dan Batu Burok. Manakala pengundi DUN Ladang dan DUN Bandar yang terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu tidak mudah di perdayakan oleh Umno. Sementara itu Pengundi Cina di DUN Bandar juga dijangka akan mengundi PAS kali ini dengan bantuan DAP dan PKR yang akan turun habis-habisan di sana. Pengundi Cina juga sudah tentu terpengaruh dengan kehebatan kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan.
Pada permulaannya Umno menamakan Wan Farid, Roslan Awang Chik, Sabri Alwi dan Zuber Embong untuk membawa cabaran mereka. Namun setelah direnungi Umno agak bimbang dengan calon-calon tersebut. 2 calon iaitu Roslan dan Zuber adalah calon 'recycle' yang sudah dibuang tetapi diambil semula oleh Mat Said untuk mengukuhkan kedudukannya di Terengganu bagi mengimbangi pengaruh Derih Jusoh.
Umno juga bimbang untuk meletakkan Wan Farid kerana semua orang Kuala Terengganu tahu siapa beliau dan apa kegemarannya. Begitu juga Sabri atau lebih dikenali dengan Mat Kerak yang menang menewaskan Che Mat Jusoh dalam pertandingan merebut Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu. Beliau menang kerana didakwa menggunakan politik rasuah atau politik wang. Jadi ramai pemerhati politik dan rakyat Kuala Terengganu tidak bersetuju jika Mat Kerak diletakkan di sini.
Akhirnya timbul pula nama Che Mat Jusoh bekas Speaker DUN Terengganu dan bekas calon BN pada PRU 2004 yang ditewas ditangan Dato" Wan Mutalib Embong di DUN Batu Burok. Dengar khabar Che Mat sedang dahsyat melobi dengan menggunakan orang atasan termasuk para pemimpin FAM, di mana Khairy Jamaluddin sendiri adalah Timbalan Presiden FAM. Memang Che Mat mempunyai kedudukan yanga agak baik untuk dipilih kerana beliau juga rapat dengan Pak Lah. Sebelum ini beliau merupakan pegawai Khas Pak Lah di Terengganu.
Jelas sekali Umno/BN berada dalam kekalutan untuk meletakkan ayam sabungnya di Kuala Terengganu. Ini kerana di atas kertas Umno/BN sebenarnya ketinggalan dari segi undi DUN yang mana PAS memenangi 3 dari 4 DUN di Kuala Terengganu.

Comments

Anonymous said…
Salam,

Sudah semestinya PAS mempunyai banyak pemimpin berkaliber yang boleh diketengahkan. Tidak seperti UMNO yang dah kepupusan pemimpin. Yang ade semuanya haprak.
Denagn bantuan Allah, insya Allah kita akan menang! Takbir!
Anonymous said…
Jangan pandang rendah pihak lawan.. halal ke haram ke pihak lawan nak menang.. kelebihan ada kat mereka
sapa pun calon umno, doa kekalahan dariku sentiasa bersama mereka.

Semoga Umno kalah teruk dalam PRK KT ni.

undi saya untuk mat sabu.

ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com