Sebuah Firma Penyelidikan Bebas, Ilham Centre yang menjalankan 'Survey' di Parlimen Kuala Terengganu telah mengeluarkan keputusannya secara tidak rasmi hari ini. Menurut wakilnya dari tinjauan rambang di seluruh pelusuk parlimen tersebut mendapati ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad mendahului dengan ajak jauh bakal-bakal calon lain seperti Dato' Mustafa Ali, Dato' Wan Mutalib Embong dan Hj Mohd Sabu.
YB Dr Syed Azman menjadi pilihan lebih dari 50 % responden. Secara tidak langsung ianya menggambarkan bahawa pengundi Kuala Terengganu menyukai Dr Syed Azman untuk menjadi calon.
Setakat ini sudah lebih dari 300 responden ditemui dari kalangan pengundi pelbagai latarbelakang pendidikan, pekerjaan, ideologi politik, lokasi dan sebagainya.
Menurut jurucakap Ilham Cente, pihaknya akan meneruskan 'survey' tersebut sehingga kepada 1,000 responden bagi memastikan 'survey' tersebut lebih luas dan dapat menggambarkan kehendak sebenarnya pengundi Kuala Terengganu siapa calon PAS yang mereka sokong.
Saya akan memaparkan angka sebenar keputusan survey tersebut setelah saya mendapat keputusan rasminya dari Ilham Centre sehari dua ini.
Comments
Arakian tuan blog telah menyiarkan survey " siapa calon ......"di dalam blog tuan sendiri untuk diundi. Sekiranya molek dengan rasa tanggungjawap Tuan untuk membuat analisa dan menyiarkan analisa tersebut diblog Tuan ini.
Saya dengan rendah diri bersabar menunggu analisa tesebut.
Terima Kasih