PRK KUALA TERENGGANU : SAYA BUKAN MELOBI ~ Ref Malaysiakini

Saya mendapat maklumbalas yang positif dan negatif tentang cadangan supaya PAS meletakkan YB Syed Azman Syed Nawawi untuk bertanding pada PRK Kuala Terengganu 17 Jan nanti.

Bagi saya semua calon yang dinamakan oleh PAS untuk dipilih adalah baik dan mempunyai kelebihan masing-masing. Samada ianya Mat Sabu, Wan Mutalib Embong, Syed Azman, Prof Madya Khazani dan sesiapa juga semua baik jika hendak dibandingkan dengan calon Umno yang sudah tentu sebahagian besarnya terpalit dengan politik wang dan kontroversi lain.

Namun sebagai ahli PAS yang prihatin dan mempunyai pendapat sendiri saya cuba memberikan pandangan kepada pimpinan PAS yang saya juga pasti lebih arif dan tajam pemikiran politik mereka berbanding dengan diri saya.

Cuma saya ingin melahirkan rasa hati dan idea saya yang mungkin boleh membantu sahabat-sahabat membuat perkiraan dalam sudut yang lebih luas.

Cadangan saya supaya meletakkan Syed Azman adalah untuk menutup beberapa isu yang dimainkan oleh BN ketika pilihanraya kecil dahulu. Antaranya :-

1) isu orang luar,

2) tidak pernah ambil tahu masalah kami tiba-tiba mu mari nak jadi calong

3) Die tadok ghumah ssssini guane nok khidmat kat kite dan sebagainya...

Walaupun kita faham isu ini adalah remeh dan kecil kepada kita, tetapi kita dapat menafikan bahawa ada segelintir mok cik dan pok cik yang termakang dengang isu ini sehingga memberikang undi kepada Allahyarham Razali Ismail dan Mok Cik Maimung.
Paling penting kepada kita ialah untuk menang nanti. Siapa calon saya tidak kisah asalkan ianya calon terbaik dan dikira boleh membawa kemenangan kepada PAS.
Kita bukan sahaja ingin melihat peranannya di kawasan yang diwakili sahaja tetapi peranannya untuk membawa suara rakyat dan PAS di dalam Dewan Rakyat.
Jadi itu pandangan saya .......................

Comments

Anonymous said…
Muhasabah ..jangan hati jadi mati


Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba jika melakukan kesalahan, maka ia terkena hitam dalam hatinya. Apabila ia mencabut dan minta ampunan maka dibersihkan hatinya dan kalau ia kembali melakukan kesalahan maka ditambah titik hitam itu dalam hatinya sehingga mematikan cahaya hatinya"
Anonymous said…
mung pung gune hujjah amno gak ke, takde rumoh takde mende kat ganu nie, toksah arr wat kalut agi, baik nolong kempeng jer pas sini, calong tu seroh pade pusat

pengundi bulang
Anonymous said…
Dah kena tegur, hang posting lagi isu ni.. siap dengan gambar Mat Sabu kena tangkap.....

Hang ada masalah peribadi dengan Mat Sabu ke?
Anonymous said…
Aku penyokong kuat Mat Sabu. Mung dok faham aku punya posting ....maksud aku, aku cuba tutup isu yang Umno mainkan. Kalau kita ambil Syed Azman jadi isu yg Umno mainkan sebelum ini tidak berbangkit lagi. Tapi kalau PAS yakin isu itu tidak memberi bekas, saya yakin Mat Sabu adalah calon terbaik ....
rasanya cukup disini 'perdebatan' di kalangan kita. Bukan tidak menghormati unsur 'khilaf' yg ada pada cabang ilmu Islam, sekadar tidak mahu perpecahan terjadi di kala kita perlu tumpukan sepenuh perhatian untuk memenangkan PAS.

Bagi saya, mudah sahaja sifirnya... Tok Guru Nik Aziz melihat dengan mata hati dan mata iman, bukan dgn mata nafsu. Beliau tidak buat kenyataan tanpa ada kebergantungan kepada ALLAH. Kami di PPK1 menyokong penuh pilihan Tok Guru Nik Aziz. Apapun, terpulang kepada diperingkat pusat. Tok Guru sekadar beri panduan.

iklhas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com
mie said…
Pada pandangan saya, tak kisah lah sapa yg hendak dicalunkan utk pilihanraya k.trengganu, asalkan dapat memberi khitmat yang terbaik utk kawasan parlimen yg ditandingi, memberi yg terbaik kepada rakyat umumnya. Jgn ikut sangat kata2 org UMNO yg sakit hati dgn org2 PAS dan Pakatan Rakyat, biar dia org nak kata apa pun kita tetap dgn perjuangan kita.. Allahuakbar.. -Mohd Suhaimi-miemech@yahoo.com
Anonymous said…
Ambo sokong mung Pemudo Kemehe, dok perlu panje kae isu ini, ambo bukae nok melobi tapi sekadar beri pandangae, yg penting ambo harap PAS mene.