PRK KUALA TERENGGANU : MAT SABU CALON PALING POPULAR ~ Ref Malaysiakini

Para pelawat blog saya memilih Naib Presiden PAS, Haji Mohd Sabu sebagai bakal calon paling popular berbanding dua orang lagi bakal calon lain iaitu ADUN Batu Burok, YB Dr Syed Azman Syed Ahmad dan ahli perniagaan, Prof Dr Khazali Abdullah.
Mat Sabu memperolehi 89 undian (58%) sementara Syed Azman dan Khazali masing-masing mendapat 41 undian (27%) dan 21 undian (13%).
BN akan mengumumkan nama calonnya esok sementara PAS akan mengumumkan nama calonnya kemudian.

Comments

Anonymous said…
Saya terharu dan memohon ribuan maaf terhadap sangkaan buruk saya terhadap Tuan.

Dengan tersiar analisa ini menunjukkan Tuan seorang yang bertanggung-jawap terhadap apa yang Tuan Tulis.

PRK Kuala Terengganu adalah hidup/mati UMMNO. Mereka akan buat apa saje halal atau haram untuk
menang. PR perlu menyusun strategi menepis segala usaha tersebut dan memilih calon yang ada kelebihan untuk menang.

Tak kira le sape, janji UMNO ditalqinkan di KT.

Takbir! AllahuAkbar 3X
Itulah istimewanya PAS, masih wujud dan segar ruang-ruang demokrasi. Semua pihak boleh bersuara dan menyatakan pandangan bermula dari yg tertinggi sampaila yang berada di akar umbi.

Masing-masing ada justifikasi tersendiri dalam bab pemilihan calon ni. Apapun alasannya, diharap Majlis Syura yang bakal bermesyuarat nanti membuat keputusan yang tepat. mencalonkan individu yang benar-benar mampu memberi pukulan maut kepada Umno Bn, tak kira lah org luar ke dalam.