Pemimpin zalim wajar dihina dan dihukum. Tidak kira sebesar mana dan sehebat mana kuasanya, kezaliman mesti dibalas dengan pelbagai cara yang termampu oleh sesiapa juga. Hatta benci dalam hati merupakan antara tindakan selemah-lemah iman, sebagai sebuah hadis Nabi Muhammad S.A.W.
Pemimpin zalim seperti Bush yang tangan berlumuran darah 'membunuh' umat Islam di Afghanistan, Iraq dan lain-lain wajar dihina lantaran kezalimannya. Bush durjana bukan sahaja menghina manusia malah membunuh kanak-kanak, bayi, orang tua dan lain-lain tanpa belas kasihan. Wajarkah pemimpin seperti ini dihormati dan tidak dihina sebagai saranan Imam Hadhari Dollah Badawi yang tidak bersetuju dengan perbuatan membalin kasut ke arah Bush di oleh seorang wartawan Mesir di Iraq baru-baru ini.
Saya hairan bagaimana pemimpin sebuah negara umat Islam membela dan begitu menyanjung Bush. Imam Badawi seolah-olah bertindak sebagai sekutu dan tali barut Bush. Inilah rupa sebenar pemimpin Umno yang sebenarnya sealiran dan menyokong Amerika.
Begitu juga dengan pemimpin zalim di dalam negara kita ini yang begitu kejam mengenakan undang-undang zalim ISA, tidak berhukum dengan hukum Allah, membolot kekayaan rakyat untuk diri sendiri dan kroni dan lain-lain lagi. Selain itu mereka menganaktirikan mana-mana negeri yang dimenangi oleh PR sehingga banyak peruntukan dan dana serta program yang sepatutnya dijalankan di sana dihentikan atas sebab politik sempit mereka.
Oleh itu rakyat wajar menghukum pemimpin negara ini pada PRU akan datang. Paling hampir BN/Umno mesti diajar pada PRK Kuala Terengganu 17 Januari nanti.

Comments
Ada kah umat islam akan hukum Bush?
Ada kah Malaysia berani buat sedemikian?
Setakat cakap-cakap besar ahli politic ada lah.
Sila tanya si Najib samada dia berani, sila tanya si Pak Lah sebab dia patang di cabar , sila tanya Hishamuddin sebab dia ada keris sepanjang 6 inci.
Orang Arab pun tak berani buat apa-apa. Cuma Osama Bin Laden .
Malahan orang Jepun lebeh berani , mereka pergi bomb Pearl Harbour.
Pemimpin Zalim Wajar DiHina- Malaysia punya pemimpin semuanya kaki klentong , mabuk arak,main isteri orang lain,kaki korupsi dan ada yang membunuh.Melayu tak malu tak apa lah, tapi muslim tak malu ke sebab pemimpin muslim dari bn buat buat hal.
Sampai ada polis yang sanggup tembak rakyat kita sendiri di Batu Burok. Sampai hati bn mintak FRU balun penduduk Mahkota Cheras sebab jalanraya punya problem.
Mana boleh boleh tuduh Bush atau Tony Blair seorang dua sahaja yang zalim? Semasa Saddam perintah, lebeh ramai yang mati daripada zaman Bush dan Blair.Bush dan Blair pulak di sokong oleh Arab.
Yang hina ialah Malaysia, tak dapat sumbat Bush dan Blair dengan akta ISA, kita sumbat Raja Petra , Teresa Kok,wartawan dan Hindraf dalam ISA.
Ajaran Islam ialah kebenaran , settle problem dengan cara baik , pakai logic , buat demo jalanan pun boleh di terima tapi bukan nya baling kasut atau lambai-lambai keris 6 inci.