MIC MARAH MUKHRIZ ~ Ref Malaysiakini

Marah benar MIC kepada anak bekas Boss mereka Mahathir iaitu Mukhriz sehingga meminta Peguam Negara, Gani Patail mengambil tindakan kepada putera kesayangan Mahathir itu.

Semuanya kerana kenyataan Mukhriz yang menjolok sarang tebuan dengan mencadangkan sekolah-sekolah vernakular ditutup.

Untuk pengetahuan MIC, bukan sahaja Sekolah Vernakular yang dicadangkan supaya ditutup sekolah-sekolah Agama Rakyat (SAR) sudah lama dianaktirikan oleh Umno/BN. Mungkin mereka menyatakan bukan hasrat mereka menutup SAR tetapi hakikatnya mereka mahu berbuat demikian dengan menghentikan bantuan perkapita.

Pada saya MIC tidak usah melatah dan berlakon kerana kenyataan Mukhriz ini semuanya adalah untuk meniup semangat perkauman di kalangan orang Melayu dan juga orang India supaya orang Melayu berdiri teguh di belakang Umno dan orang India kembali memuja MIC.

Isu ini sama sahaja dengan isu ketuanan melayu yang dicetuskan oleh Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek. Umno mengambil kesempatan dari bola tanggung yang diumpan oleh Soi Lek. Niat MCA dan Umno ialah supaya masing-masing dilihat menjadi 'jagoan tengik' orang Tionghua dan Melayu.

Comments

malayamuda said…
Mukhriz,

jangan jolok sarang tebuan, jangan hina org India, nanti org India akan lari amok di jalan........ saya bagi amaran !!!

Mukhriz,

Anda tidak berhak komen ttg sekolah cina dan india kerana anda bukan org cina ataupun india....hanya org cina dan india berhak komen ttg sekolah mereka FAHAM!!!!!!!!!

Dua jenis jawapan tipikal UMNO sejak kebelakangan ini........

kakakkakakkakakaakak
wakakakakkakwakakakak
kekwa66 said…
ya..jangan cepat melenting..ini semua sandiwara mereka!
balan said…
Agree with Mukhriz.

Of course National Schools have it's weaknesses.

But for the sake of unity and Intergration, why not. Having all Malay, Chinese & Indian teachers & administrators in the same school will reduce all Islamisations of national schools and perhaps spur competition.

If Singaporeans can go to the same school, why can't we?
Do read my take on this.

http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/