MEDIA HENTI SENSASIKAN BERITA PERCERAIAN ARTIS ~ Ref Malaysiakini

Saya menggesa media menghentikan serta merta segala berita tentang perceraian artis yang dilihat menjadi penghias media massa kita sejak dahulu hingga kini. Malah sejak akhir-akhir ini berita perceraian ini dijadikan berita wajib kesemua media tempatan.

Apa motifnya mereka menyiarkan berita negatif ini. Adakah sekadar untuk melariskan media mereka atau ada agenda tersembunyi lain.

Jika tujuannya untuk menjadi pelaris kepada media mereka, saya cadangkan supaya ianya dihentikan serta merta. Sesungguhnya berita perceraian ini banyak memberikan kesan negatif dan tidak elok kepada anak-anak muda dan masyarakat kita.

Saya bimbang berita seumpama ini menyebabkan anak-anak muda merasa takut untuk berkahwin dan lebih suka berpasangan tanpa ada ikatan yang sah. Saya juga bimbang jika masyarakat memandang perceraian sebagai perkara biasa seolah-olah tiada kesannya, bila-bila boleh bercerai. Sedangkan perceraian sebenarnya adalah perkara besar di mana runtuhnya sebuah institusi masyarakat yang akhirnya menyebabkan keluarga porak peranda, anak-anak menjadi mangsa, semangat kekeluargaan antara ipar, besan hancur dan sebagainya.

Jelas sekali berita perceraian artis yang disensasikan ini boleh mempengaruhi suami isteri dan anak-anak muda. Pada mereka silap sikit boleh cerai, fasakh dan sebagainya.

Mahukah anda sebagai tuanpunya media, ketua pengarang media dan wartawan terlibat sama menyumbangkan perkara negatif kepada institusi kekeluargaan dan masyarakat.

Comments

mudz said…
Aku tidak mampu melihat apabila FATWA tentang Yoga dibentangkan dimana masalah ummah semakin menular. Berapa juta umat Islam yang mengamalkan Yoga????

Apabila ajaran sesat semakin popular, apabila kes penceraian menjadi sensasi, apabila amalan sek luar tabii menjadi amalan suami-isteri muslim, apabila budaya barat menjadi ikutan generasi muda, apabila yang tua semakin disisih.

Di dalam kemelut kemusnahan ummah, Fatwa Yoga dibentangkan.......

Apa nak jadi/hala tuju dengan Ummah.
mas said…
Selagi masih ramai yang hanya menjaga "periuk nasi" berbanding menjaga "syariat Islam" walaupun dia berilmu maka selagi itu ...susah nak tegakkan kebenaran..
Sau Mudz...
Nampaknya kitalah yang kurang ilmu ini kena terus berjuang dengan harta , jiwaraga selagi ada nyawa..Kita x pilihan..Amar makruf..Nahi mungkar...INSYAALLAH