Selain dari taktik merasuah pengundi pada setiap kali Pilihanraya, BN sudah tentu akan menggunakan satu lagi taktik lapuk mereka iaitu menuduh PAS dan PR ganas dan kejam. Pelbagai tohmah, fitnah dan sumpah seranah digunakan oleh mereka untuk memburuk-burukkan PAS dan PR di mata pengundi.
Belum pun bermula kempen PRK Kuala Terengganu menteri yang menjaga Polis, Syed Hamid Albar sudahpun menggambarkan bahawa PRK ini kemungkinan akan hangat dan akan berlakunya huru hara. Manakala Ketua Penerangan Umno, Mat Taib (Tyson) juga bertindak sama dengan menyeru supaya petugas BN supaya tidak takut dengan ugutan pembangkang kerana keselamatan mereka terjamin sepanjang tempoh berkempen.
Beliau juga berkata, jentera kempen UMNO dan BN seharusnya berani berdepan dengan apa sahaja provokasi pembangkang kerana perlu mempertahankan kerusi milik sendiri.
Inilah penipuan dan pembohongan besar yang dilakukan oleh pemimpin Umno/BN pada setiap kali kempen pilihanraya. Mentaliti mereka tetap tidak berubah. Mereka tidak sedar bahawa rakyat sudah celik dan faham benar sikap mereka yang suka menuduh dan memfitnah pembangkang. Rakyat sudah meluat dengan tindak tanduk dan kenyataan akhbar pemimpin BN.
Saya harap pemimpin BN mencari kaedah dan cara berkempen. Jangan lagi gunakan taktik kuno dan lapuk seperti rasuah politik, ugutan, ancaman, penipuan dan sebagainya yang semuanya sudah difahami dan diketahui oleh rakyat. Ini zaman langit terbuka, rakyat sudah tidak mempercayai media arus perdana sebaliknya lebih suka mendapatkan maklumat dari akhbar alternatif dan juga internet.
Selamat Jalan Umno/BN ..........
Comments
Dari kenyataan2 liar berbaur fitnah ini, kita boleh buat beberapa kesimpulan:-
1.
Umno sememangnya berhajat untuk melihat PRK KT ini berjalan dengan suasana yang tidak teratur bagi memudahkannya menggunakan pihak keselamatan untuk menekan PR khususnya PAS.
2.
Umno sudah ada perancangan awal untuk menimbulkan suasana tegang dan tidak tenteram sepanjang PRK KT berlangsung dengan tujuan untuk menakut-nakutkan pengundi.
3.
Umno akan menggunakan 1001 helah dan tipu daya, termasuk mengkambing hitamkan pihak keselamatan dan SPR utk mengekalkan kerusi KT.
4.
Tindak tanduk dan kenyataan demi kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Taib dan rakan-rakannya ini membuktikan Umno berada dalam keadaan cemas dan kepanasan.
OLEH YG DEMIKIAN, MINTA SEMUA PIHAK KHUSUSNYA PIMPINAN DAN PEMUDA SUPAYA PEKA DENGAN UGUTAN DAN FITNAH INI. SAMA2 KITA BEKERJA UNTUK ISLAM.
ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com
(sumber berita PRK KT anda)