KUMPULAN ERDOGAN DAN BUKAN ERDOGAN : STRATEGI MUSUH LAGAKAN PEMIMPIN PAS ~ Ref Malaysiakini

Musuh sentiasa mencari jalan untuk menghancurkan PAS. Setiap saat dan detik mereka memikirkan apa yang mesti dilakukan untuk melemah dan seterusnya menghancurkan PAS. Pemimpin dan ahli PAS perlu peka dan sedar dengan perang saraf, hasutan, tohmah, fitnah dan strategi musuh untuk menjahanamkan PAS.

Mereka tahu jalan yang paling ampuh untuk menghancurkan PAS ialah memperok-perandakan PAS dari dalam. Dengan itu pemimpin PAS akan berbalah, berpecah dan akhirnya berlaku pergaduhan besar di dalam PAS.

Sejak sedekad lalu, PAS dilihat semakin matang dan tidak mempunyai masalah dalaman yang serius seperti tahun-tahun 60-an, 70-an dan 80-an dulu. Sebab itu kepimpinan PAS dilihat begitu mantap dari segi wehdatul amal maupun wehdatul fikr. Kerana itu musuh-musuh semakin bimbang dengan kekentalan dan perpaduan PAS.

Sejak pilihanraya 1990 PAS kembali mempunyai kerajaan. Malah pada tahun 1999 PAS mempunyai 2 kerajaan negeri iaitu Kelantan dan Terengganu. Kejayaan lebih gemilang dicapai pada PRU 2008 ini apabila kita berjaya membentuk kerajaan campuran di 5 buah negeri. Malah 3 dari 5 buah negeri tersebut diketuai oleh PAS sebagai Menteri Besar. Suatu kejayaan paling manis kurniaan Allah S.W.T.

Kejayaan ini sedikit melekakan pemimpin PAS dan ada yang mungkin sibuk dengan tugas rasmi dan tidak menumpukan perhatian serius kepada parti. Akhirnya musuh mula memasuk jarum dan memasang strategi. Tidak dinafikan nafsu manusia kepada pangkat dan kuasa memang ada. Jadi ada pihak yang nampak perkara dan cuba menjadikannya sebagai jalan untuk memasukkan jarum.

Mereka mula memasang perangkap dengan melabel golongan tertentu dan individu tertentu dengan jolokan kumpulan Erdogan dan Bukan Erdogan. Saya pun pelik mengapa istilah itu dipilih. Mungkin mereka merasakan bahawa pemimpin-pemimpin yang liberal, terbuka dan dilihat berkawan baik dengan PKR dan Anwar adalah sealiran dengan Erdogan yang nampaknya menekankan aspek penguatkuasaan undang-undang Islam di Turki.

Adakah Husam Musa sebagai Naib Presiden PAS terkanan dikatakan mengetuai kumpulan Erdogan mempunyai pandangan yang berbeza dengan pandangan PAS?

Kalau beliau mempunyai fikrah sedemikian saya yakin beliau tidak akan dipilih sebagai Naib Presiden PAS pada pemilihan lalu.

Bagi saya semua kita mempunyai fikrah yang sama iaitu fikrah Islam yang menjadi panduan perjuangan PAS. Cuma mungkin berbeza dari segi sikap, cara pemakaian, pergaulan dan persahabatan. Mungkin Dato' Kamaruddin Jaffar, Dr Hatta, Dato' Husam, Khalid Samad dan sebagainya mereka boleh berkawan rapat dan intim dengan PKR dan DAP. Tetapi ini tidak semestinya menunjukkan mereka berlainan fikrah dengan pemimpin PAS lain.

Jadi sebagai ahli PAS sejak dari dalam 'perut ibu' lagi, saya ingin memberi amaran kepada semua ahli PAS dan mungkin juga pimpinan PAS supaya jangan terikut-ikut dengan rentak musuh yang cuba melaga-lagakan ahli dan pimpinan PAS. (Siapa lah saya nak beri amaran pulak he he he....). Musuh di luar PAS sebenarnya sekarang sedang bergembira kerana jarum yang mereka cucuk sudah mula menusuk hati dan jantung ahli dan pemimpin PAS.

Target mereka supaya tahun depan PAS akan hancur kerana adanya pemilihan. Namun saya yakin ahli dan pemimpin PAS sudah matang dalam sepak terajang permainan politik musuh. Pertandingan mungkin ada diperingkat tertinggi seperti sebelum ini tetapi ianya ternyata tidak pernah melemah dan menghancurkan PAS tidak sebagaimana Umno dan parti lain.

Comments

sejarah melayu dulu dan kini kaya dengan kisah pengkhianatan, pembelotan, adu domba, tikam belakang dan perosak luar.

Harap Jemaah PAS bebas daripada anasir-anasir tidak sehat ini.

PAS perlu berhati-hati kerana musuh telah, sedang dan akan menggunakan 1001 cara untuk memusnahkan perpaduan dikalangan kita. Mereka cemburukan kesepakatan kita. Sama2 lah kita jaga perpaduan yang wujud. Jangan cuba curigai sesama jemaah.

Harap pimpinan PAS siasat siapa dalang sebenar di sebalik kewujudan blog antihusam dan sebagainya.
sumber berita PRK KT di www.pemudakemehe1.blogspot.com
perunding said…
kepada puak yg buat/ungkit/reka cerita erdogan ni..pegi lah minta tolong yusof haslam buatkan drama bersiri ke,erdogan the movie ke..