ISA : KERAJAAN TERUS BONGKAK DAN SOMBONG ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN terus bongkak dan sombong tidak mahu menghapuskan atau sekurang-kurangnya meminda Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Akta yang jelas bertentangan dengan Islam dan Hak Asasi Manusia tersebut terus dipertahankan demi 'survival' politik BN. Itulah sahaja sebab mengapa ia terus dipertahankan tanpa justifikasi yang munasabah dan logik.

Dari segi Islam, ISA terbukti terpesong dan bercanggah dengan Islam kerana Islam membuka seluas-luanya peluang untuk tertuduh dibicarakan di mahkamah dan diberikan hak membela diri.

Seseorang tertuduh juga dikira tidak bersalah selagi ianya tidak dibuktikan di dalam mahkamah. Lihat bagaimana telus, adil dan hebat hukum Islam berbanding dengan hukum rimba ISA kerajaan BN sekarang.

Dari segi hak asasi manusia juga ISA jelas menyeleweng jauh. Seseorang yang dituduh mestilah dibicarakan di dalam mahkamah terbuka dengan melantik peguam untuk membela diri ataupun membela diri sendiri tanpa bantuan peguam.

Hari ini Menteri Dalam Negeri dengan bongkak berkata ISA tetap tidak akan dipinda atau dihapuskan walaupun terdapat ugutan daripada sesetengah pihak.

Beliau berkata akta itu sekarang digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak disalahguna.
Menurutnya ISA hanya digunakan bila dianggap ada keperluan bagi menjamin keselamatan serta ketenteraman awam.

Saya hairan bagaimana seorang menteri boleh bercakap bahawa ISA digunakan dengan penuh berhemah, adil dan tidak salahgunakan. Adakah Syed Hamid cuba memperbodoh-bodohkan rakyat.

Adakah tangkapan ISA tanpa bukti-bukti seseorang itu bersalah dianggap BERHEMAH?

Adakah tangkapan ISA tanpa bukti-bukti seseorang itu bersalah ADIL?

Adakah memisahkan anak, isteri ayah dan ibu dianggapkan ADIL dan BERHEMAH sedangkan orang yang ditangkap tidak pernah dibuktikan bersalah di mahkamah?

Siapakah Mahfuz Omar, Mat Sabu, Othman Marzuki, Buniyamin Yaakob, Nik Adli Nik Aziz, Tajudin Abu Bakar, Solehan Abdul Ghafar, Lutfi Ariffin, Suhaimi Said, Syed Hussin, Lim Kit Siang, Shaari Sungip dan lain-lain. Adakah mereka ini orang Umno, sehingga berani Syed Hamid menyatakan ISA TIDAK DISALAHGUNAKAN.

Comments

Unknown said…
apabila seseorang sudah tidak tahu malu, maka ia akan bersikap bongkak dan sombong.
X pa..Kalau jadi perhimpunan besar-besaran untuk mansuhkan ISA pada bulan Mac 2009...kita turun ramai-ramai..ALLAH BERSAMA KITA..INSYAALLAH.

Sibongkak berkata..Ikut Suka Aku
Sisombong berkata..Suka Hati Aku
Sibongkak berkata..Aku Ada Kuasa
sisombong berkata.. Aku ada Power

Rakyat berkata...
..Tunggulah masa dan ketikanya
..Tenaga-tenaga itu sedang bekerja
..Pasti MENGGANTIKAN restu yang ada
..Yang telah merosakkan kehidupan manusia.

ALLAH berfirman..
KEBATILAN tidak akan berkekalan..
Sisombong dan sibongkak pasti menerima BALASAN ..
Rakyat ..Teruskan Perjuangan..
Usah bimbang .. bantuan ALLAH teramatlah dekat..

INSYAALLAH