HAPUS BABI, PERTAHANKAN ISA ~ Ref Malaysiakini

Babi adalah makhluk Allah yang dijadikan Allah. Mustahil ianya dapat dihapuskan kerana sudah tentu Allah maha mengetahui mengapa ia dijadikan olehNya. Babi dihukumkan sebagai Najis Mughallazah yang perlu disamak. Ada babi yang diternak dan ada babi liar. Jika betul dengan cara penternakan dan pengawalan alam sekitarnya ia tidak membawa mudarat kepada manusia. Namun jika ianya tidak diternak dengan betul dan sistematik maka ia boleh memudaratkan manusia. Maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk mengawal selia dan menguatkuasakan undang-undang.

ISA pula adalah undang-undang ciptaan manusia yang zalim dan tidak berperi kemanusiaan di mana manusia ditahan sesuka hati tanpa diberi hak membela diri. Ia seumpama undang-undang drakonian yang tidak bertamadun. Malangnya ISA terus di'ternak' oleh kerajaan BN yang mengaku mengamalkan Islam Hadhari yang kononnya mengagungkan kebebasan dan kemerdekaan. ISA terus diberi 'makan' dan di'subur'kan oleh kerajaan BN kerana ia ternyata merupakan senjata ampuh untuk mempertahankan kuasa mereka.

Kalau babi adalah haram hukumnya jika di makan, ISA juga haram hukumnya kerana di dalam Islam si tertuduh mesti dibicarakan dan diberikan peluang untuk membela diri. Selagi ia tidak dibuktikan bersalah selagi itulah si tertuduh belum dikategorikan penjahat.

Malangnya Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) dan Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) yang sibuk-sibuk menggesa babi dihapuskan hanya melihat mudarat yang dibawa oleh babi tetapi tidak nampak mudarat dan haramnya ISA.

Sebab itu mereka sibuk-sibuk menggesa babi dinyahkan dari Melaka tetapi ISA yang terbukti zalim dan bertentangan dengan Islam disanjung dan dipertahankan.

Comments

Hasbullah Pit said…
PEWARIS minta bantuan PAS, PAS hentam dia balik?

baca:
Pewaris: Tamparan Hebat Buat PAS Melaka
Hafizzul said…
Tidak pasti apakah bantuan yg diminta, bantuan menghapuskan babi? Kalau begitu , rasanye PAS tak akan tolong.

Tapi kalau meminta bantuan PAS utk memastikan penternakan babi itu terkawal, maka tak nampak mcm mana PAS nak tolong. Rasenye yg berkuasa menolong ialah kerajaan di situ . Tapi mungkin PAS boleh tolong menyuarakan kepada kerajaan di situ ...
Anonymous said…
Sebenarnya ni kerja UMNO belaka tapi pengecut nak isytiharkan hasil tangan mereka sebab mereka tahu majoriti rakyat bencikan UMNO. Memang agenda merekalah tanamkan bibit perkauman sebab mereka memang parti yang hidup atas dasar perkauman sempit. Selagi mereka berjaya menanamkan rasa terancam dihati kaum melayu terhadap kaum cina, selagi itulah mereka mampu hidup dan wujud!
Anonymous said…
Zalim sungguh kalau ditahan sesuka hati. Moga Tuhan memberi balasan yang setimpal kepada yang menzalimi.