Di Malaysia sudah menjadi budaya apabila wakil rakyat meninggal dunia rakyat di kawasannya gembira dan 'berhari raya'. Malah mungkin ada diantara rakyat Malaysia yang mendoakan wakil rakyatnya meninggal dunia cepat. Ini kerana mereka sedar bahawa bila wakil rakyat meninggal sudah tentu pelbagai projek, bantuan, subsidi, projek segera dan sebagainya dicurahkan oleh BN.
Saya bimbang jika budaya merasuah, memancing undi dengan projek, habuan dan sebagainya terus diamalkan kemungkinan rakyat akan sentiasa berdoa dan bermunajat kepada Allah supaya wakil rakyat mereka cepat mati.
Semalam Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang mendapat jolokan 'Santa Klaus' menyerahkan wang royalti sebanyak RM408.6 juta kepada Terengganu. Saya yakin jika Bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu tidak meninggal sudah tentu wang royalti ini tidak diserahkan.
Bukankah isu wang royalti ini sudah lama diperjuangkan oleh rakyat Terengganu tetapi ianya tidak memberi bekas.
Baru sekarang kerajaan Pusat membuat keputusan untuk menyerahkannya demi untuk memujuk rakyat Kuala Terengganu supaya mengundi BN.
Comments
Will highlight your post in our website and link back to your blog.
All the best
http://mylivingwall.com
ikhlas,
www.pemudakemehe1.blogspot.com
"..Olahraga berat bagi situa bangka adalah kelelahan yang sia-sia dan memperhalusi watak seekor serigala adalah satu bentuk penyeksaan"
Hawa nafsunya memperindahkan baginya perbuatan buruknya sehingga ia mengerjakannya berulang-ulang.
Termasuklah ia dalam golongan orang yang ..bodoh..sesat..derhaka dan jahat...
"Asy-Syua'ara: 88-89"
"..Pada hari kaimat ketika tidak berguna lagi harta mahupun anak keturunan, kecuali mereka yang menghadap ALLAH dengan hati ynag sihat(yakni selamat dari kejelekan dunia)..