BN TETAP BERUSAHA BELI ADUN PR PERAK ~ Ref Malaysiakini

BN Perak terus berusaha untuk 'membeli' ADUN Pakatan Rakyat bagi menjayakan hasrat mereka menumbangkan kerajaan PR Perak.

ADUN Titi Serong yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BCC) Perak, Drs Khalili Idham Lim berkata BN Perak terus menerus menawarkan pelbagai habuan kepada ADUN PR namun beliau yakin kesemua ADUN PR akan tetap istiqamah bersama PR.

"Walaupun pelbagai usaha dijalankan oleh BN tetapi saya yakin anak buah saya akan tetap berama Pakatan Rakyat".

Beliau berkata demikian pada suatu program Pulau Pangkor malam ini.

Comments

Rasuah politik (baca politik wang) dan membeli ADUN bukan perkara baru pun bagi Umno Bn, malah bukan stakat dah jadi darah daging mereka, tapi sudah jadi sum sum tulang pun.

Di Kelantan sebelum ni pun bukan sekali dua cubaan untuk membeli Wakil Rakyat PAS hinggakan ada satu kes di mana wakil Umno bawak duit cash RM400ribu dlm beg sukan utk diberi kepada Wakil Rakyat PAS. Tapi alhamdulillah, Wakil Rakyat PAS di Kelantan istiqomah dengan perjuangan mereka.

Sekarang ini giliran Wakil Rakyat PR di Perak untuk buktikan perkara yang sama.

Mungkin urusan beli membeli wakil rakyat yang cuba dilakukan oleh umno bn ni boleh menjadi tugas pertama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

www.pemudakemehe1.blogspot.com
Muhammad Fahmi said…
UMNO memang tak pernah bertaubat. sampai ke hari ni DUIT masih jadi TUHAN mereka. semoga Allah akan menghancurkan mereka sehancur-hancurnya... Amin.