BN AKAN DIMALUKAN DI KUALA TERENGGANU? ~ Ref Malaysiakini

Sudah timbul riak-riak BN akan dimalukan di Kuala Terengganu. Ini kerana dari awal lagi BN kelihatan tidak bersemangat untuk bertarung disebabkan masalah dalaman di peringkat Pusat dan negeri.

Sekali lagi 3 kem dalam Umno akan bertarung sesama sendiri untuk merebut tempat menjadi calon. Kem Najib, Kem Pak Lah dan Kem Mahathir sedang berkira-kira untuk meletak calon masing-masing.

Pak Lah sudah tentu mahu meletakkan ayam jagonya Wan Farid yang suka berkaraoke untuk menjadi calon. Najib mahukan orangnya manakala Mahathir melalui anaknya Mukhriz juga mempunyai calon tersendiri. Menteri Besar Ahmad Said tidak saya ketahui dari kem mana? Tetapi beliau sudah pasti bukan dari kem Pak Lah kerana beliau bukan calon MB Pak Lah dulu. Idris yang menjadi kesukaan Pak Lah.
Veretan-veteran Umno Kuala Terengganu seperti Roslan Awang Chik, Zuber Embong, Che Mat Jusoh dan lain-lain pula mungkin menjadi simpatisan Mahathir.

Maka bercakaranlah Umno sesama sendiri. Bila bercakaran sudah tentu ada yang bercalar, luka, patah hati dan marah. Bila marah sudah tentu akan ada yang menikam Umno dari belakang dan ini akan memberikan kelebihan kepada PAS.

Di pihak PAS pula saya yakin tidak pergeseran kerana masing-masing bersedia untuk dicalonkan atau tidak dicalonkan. Bila-bila masa Wan Mutalib Embong, Mustafa Ali, Syed Azman, Wahid Endut, Ariffin Deraman maupun Mat Sabu sudah siap sedia dengan baju melayu masing-masing untuk 'melawa' pada hari penamaan calon. Malah mereka juga bersedia untuk menjadi pencadang dan penyokong maupun saksi sahaja. Itulah hebatnya PAS dan ahli-ahlinya yang tidak menjadikan jawatan sebagai buruan perjuangan.

Saya yakin Umno sebenarnya sedang kusut masai untuk memilih calon yang sesuai bagi menentang calon PAS yang sudah tentu diterima ramai. Malah tidak ada seorang pun bakal-bakal calon BN yang setanding dengan bakal-bakal calon PAS dari segi akhlaq maupun latarbelakang akademik.

Tidak syak lagi Umno/BN sebenarnya dalam dilema seperti apa yang dialami mereka di Permatang Pauh. PAS akan menang Insya Allah.

Comments

Asalamualaikum,

masyarakat Cina akan sentiasa menyokong parti PAS yang sentiasa
jujur dan tidak rasuah untuk menjadi wakil kami.

InsyaAllah Parti PAS akan sentiasa membela nasib semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Ameen.
Anonymous said…
InsyaAllah PAS akan menang..

Sebagai rakyat Malaysia kami hanya mahukan seorang pemimpin yang bersih,jujur dan bijaksana. Itulah harap kami.