BALA ALLAH MENIMPA SEMUA ORANG~ Ref Malaysiakini

Pemimpin negara kita cukup takut bila dikatakan bencana yang menimpa negara kita adalah bala Allah. Antaranya banjir, tanah runtuh, penyakit dan sebagainya. Semuanya diturunkan oleh Allah kepada kita sebagai peringatan supaya manusia insaf dan sedar bahawa kita semua adalah hamba Allah yang lemah dan kerdil jika hendak dibandingkan dengan kekuasaan Allah S.W.T.

Bala atau musibah ini merupakan ujian kesabaran yang dihadapkan oleh kepada manusia. Andai kita semua sabar Insya Allah, Allah akan memberikan ganjaran yang tidak ternilai dan diampunkan dosa oleh Allah.

Mengapa pemimpin negara takut benar untuk mengakui semua bencana yang berlaku adalah bala dan musibah dari Allah. Bukankah semua yang berlaku itu ditentukan oleh Allah yang maha berkuasa terhadap segala sesuatu.

Pemimpin kita sering menyatakan ianya adalah bencana alam dan tidak ada kena mengena dengan bala dari Allah.

Namun tidakkah mereka ingat akan sirah para Rasul dan Nabi, bagaimana Allah menghancurkan umat manusia diatas keangkuhan dan kebongkakan mereka. Umat Nabi Luth A.S yang durjana dilenyapkan oleh Allah dengan gempa bumi dan Umat Nabi Nuh A.S dihapuskan dengan banjir besar. Begitu juga umat Nabi-nabi lain mereka juga ditimpa dengan bala Allah akibat kedegilan dan kejahatan mereka.

Bala Allah tidak mengenal sesiapa, samada hamba yang taat atau durjana.

Apa yang penting kita mesti sentiasa bersyukur dan redha dengan ketentuanNya. Paling penting jangan cuba mencabar kuasa Allah dan mengingkariNya. Insya Allah kita selamat.

Mari sama-sama kita berdoa kepadaNya agar kita semua tidak dihukum dan ditimpa dengan bala yang tidak sanggup kita hadapi. Amin.

Comments

Asalamualaikum ,

inilah akibatnya mengacau dan membinasa alam semulajadi kurniaan Allah
yang sepatutnya di jaga dan di pelihara untuk kesejahteraan
manusia.

Pihak pemaju dan ahli politik sama sama untung.

Percayalah lepas 3 bulan semua kembali seperti biasa
dan akan di lupai sehingga berlaku kejadian yang tidak di ingini seterusnya.

Inilah Kerajaan Malaysia Boleh.

Ameeen.

BTW can we have a Fatwa banning Hillside development ?