Riuh rendah Jabatan Agama Islam Pahang, apabila Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis (JJ)membuat aduan bahawa seorang Imam dari luar membaca khutbah di Masjid Keratong 4 menghentam kerajaan Jumaat lepas.
JJ membuat aduan bahawa khutbah tersebut berbau politik dan Imam tersebut, kata JJ, adalah tidak bertauliah dan dipercayai berasal dari luar daerah Rompin.
Isu ini timbul apabila Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Saad telah berkhutbah semasa solat Jumaat di Masjid Keratong 4. Kebetulan Ahli Parlimen Rompin JJ turut sama bersembahyang di masjid tersebut. JJ menuduh Suhaimi berhutbah dengan menghentam kerajaan sedang Suhaimi menyatakan beliau hanya menyentuh soal Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Memang sejak dari dahulu kerajaan negeri-kerajaan negeri BN melalui Jabatan Agama mensyaratkan Khatib atau ustaz yang ingin mengajar agama atau berkhutbah mesti mendapat tauliah dari mereka. Walaupun Ustaz tersebut lulusan Al Azhar, mereka tetap memerlukan tauliah. Inilah bengongnya peraturan Jabatan Agama BN.
Bagi Umno dan BN mereka merasakan khutbah dan sembahyang yang diimamkan oleh Imam atau Ustaz yang tiada tauliah adalah seolah-olah tidak sah. Agaknya rukun khutbah dan sembahyang mereka tambah satu lagi iaitu Imam mesti ada tauliah dari pejabat agama.
Apa yang menghairankan Jabatan Agama tidak pula mengambil perhatian serius terhadap Imam-imam yang membaca fatihah tidak betul dengan makhraj dan tajwidnya. Sebaliknya mereka sibuk dengan isu ada tauliah atau tidak.
Jabatan Agama lebih takut kepada aduan JJ daripada hukum Allah iaitu memastikan setiap bacaan Imam betul supaya sembahyang itu sempurna.

Comments
Ahli Parlimen Rompin JJ tak pernah ke masjid. Pasal tu masuk masjid dia nak bagi tahu orang yang dia tu ada ke masjid solat jumaat. Jadi cari pablisiti murahan dia war-war kan dirinya cara tu konon2 mimbar isu hentam kerajaan oleh imam luar yg x ada tauliah. Tapi kalau setakat isu ISA apa je lah sangat... lain ler serangan peribadi..baru datang masjid sekali dah riuh satu malaysia dunia nak kiamat agaknya..