TAHNIAH KEPADA TUN SALLEH & LAIN-LAIN, KERAJAAN MESTI MOHON MAAF ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada Tun Salleh dan lima bekas Hakim Kanan lain iaitu Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Tan Sri George Edward Seah Kim Seng, Tan Sri Wan Hamzah Mohd Salleh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdolcadeer dan Tan Sri Azmi Kamaruddin kerana telah menerima bayaran ex-gratia yang besar dari kerajaan.

Walaupun ucapan tahniah ini agak lambat namun tetapi besar ertinya bagi saya sebagai rakyat yang mahukan keadilan dan ketelusan.

Keenam-enam mereka yang dikatakan dipecat pada zaman Dr Mahathir dulu rupa-rupanya tidak dipecat dan mereka hanya diminta bersara awal. Namun walaupun dengan apa juga alasan pemberhentian awal mereka yang dilakukan oleh kerajaan BN pimpinan Dr Mahathir memang tidak adil dan zalim.

Sesungguhnya pemberian ex-gratia ini membuktikan bahawa mereka tidak bersalah dan nama mereka sekarang bersih.

Malah kerajaan BN wajib memohon maaf dari keenam-enam mereka dan juga kepada rakyat Malaysia kerana kehilangan hakim-hakim yang hebat dan berwibawa untuk mengadili rakyat yang didakwa bersalah.

Gambar : Tun Salleh menerima ex-gratia dari Bekas Menteri DiJabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim tidak lama dulu.

Comments

TAHNIAH!
Banyak orang berkata bahawa peristiwa ini menunjukkan betapa mudahnya hendak memecat hakim,walaupun dari segi undang-undang jawatan mereka terletak diatas asas prinsip yang teguh iaitu dijamin oleh perlembagaan. Pemecatan mereka nampaknya lebih mudah daripada seorang kerani @ budak pejabat.
Kenapakah jadi begini? Ini ialah kerana didalam pentadbiran undang-undang , kita dapati bahawa semakin teguh undang-undang itu, tetapi apabila semakin tinggi kedudukan orang-orang yang terlibat ,undang2 menjadi semakin lemah.
Ini ialah kerana perjalanan undang2 dan kuasanya ada ditangan orang atasan.Undang2 itu menjadi lemah jika orang yang berkuasa tidak menggunakaan kuasa itu mengikut cara dan tujuan undang2.
Orang atasan pun manusia biasa juga.Mereka mempunyai perasaan sepeti orang lain juga...Suka,duka,sayang,benci,marah,tamak haloba,hasad dengki,riak,takbur,sakit,sihat dan sebagainya.
Kerana itulah yang boleh menjamin KEADILAN adalah BUDI PEKERTI dan AKHLAK YANG MULIA dan bukannya pangkat yang tinggi dan kepercayaan dan pegangan teguh kepada kepada prinsip undang2 dan keadilan ...
(Petikan dari buku "KEBEBASAN KEHAKIMAN*singa dibawah takhta dijerat..satu kezaliman)oleh TUN SALLEH ABAS.
Mac 1989