SELANGOR HARGAI GURU AGAMA, MELAKA HARGAI ARTIS ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terus membuktikan janji-janji mereka dalam manifesto pilihanraya umum lalu bukannya omongan kosong apabila menaikkan elaun bagi guru Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Fardu Ain (KAFA) di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibarhim mengumumkan bahawa elaun tersebut dinaikkan kepada RM1,000 sebulan mulai Januari tahun depan berbanding RM738 sekarang.
Seramai 6,262 orang guru KAFA di seluruh negeri Selangor akan menerima kenaikan tersebut.
Sesungguhnya langkah kerajaan negeri ini amat bertepatan dengan situasi semasa di mana rakyat sedang terhimpit dan tertekan dengan kenaikan harga barang lantaran kegagalan kerajaan pusat menangani masalah ini sejak Jun lalu.
Bayangkan bagaimana seorang rakyat Malaysia yang dikelilingi dengan belenggu kenaikan harga barang dan kos hidup yang meningkat naik, boleh menjalani kehidupan dengan gaji di bawah RM800 sebulan.
Jadi langkah kerajaan negeri Selangor ini memang membuktikan kerajaan tersebut prihatin dan sentiasa memikirkan masalah rakyat yang semakin terhimpit sekarang.
Lebih manis lagi Abdul Khalid juga berkata dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan, elaun itu mungkin dinaikkan di atas garis kemiskinan RM1,500 sebulan yang ditetapkan kerajaan negeri.
Persoalaannya sekarang bila kerajaan negeri Melaka hendak menaikkan elaun guru KAFA di Melaka sehingga RM1,000 sebulan seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor. Rakyat amat berharap supaya kerajaan negeri Melaka tidak hanya mengiktiraf peranan artis bollywood sahaja tanpa mengambil tahu kebajikan guru-guru KAFA yang jauh lebih berjasa dari Datuk Bollywood tersebut.

Comments

sebagai orang melaka kita kena bersyukur dgn apa yg ada..selama ni aku org melaka gak..hidup aku aman damai..dan kita kena akui bahawa melaka negeri pelancong...dgn penganugerahan itu lg ramai lah pelancong datang dan org melaka bertambah kaya...
syahidah said…
aku orang melaka gak...tak tahu pulak aku...orang melaka mana yang bertambah kaya?? ?