Selepas ini apabila siapnya Malacca International Bowling Center (MIBC) berharga RM23.2 juta dan Muzium Kapal Selam 'Qeusant' yang dibawa dengan harga RM4 juta maka bolehlah rakyat Melaka main bowling dan bermain-main dalam kapal selam itu tiap-tiap hari. Biarkan beras mahal, barang mahal tidak menjadi masalah asalkan dapat main bowling dan kapal selam tiap-tiap hari ianya cukup 'mengenyangkan'.
Selain itu rakyat Melaka juga boleh menguji kehebatan mereka memandu Go Kart di litar Go Kart terpanjang di Asia yang berharga RM 9.9 juta.
Saya yakin selepas ini akan ada rakyat Melaka menjadi Juara Go Kart Dunia atau setidak-tidak juara di peringkat Asia.
Pak Cik-pak cik dan mak cik-mak cik warga emas juga boleh berlumba di litar tersebut. Mungkin kerajaan negeri memberikan kelonggaran kepada rakyat Melaka untuk memandu Go kart ini dengan tidak mengenakan sebarang bayaran untuk mereka menguji kehebatan masing-masing.
Jadi selepas ini kalau rakyat susah hati barang mahal dan kehidupan semakin terhimpit boleh hiburkan diri masing-masing dengan bermain bowling, memandu Go Kart dan naik kapal selam yang tidak bergerak itu.
Selamat bersuka ria rakyat Melaka.

Comments
Tempat bersejarah ini setiap orang akan melawat sekali atau dua kali saja.
Tak mungkin ada orang yang datang melawat tempat sejarah tiap-tiap bulan.
Oleh kerana orang datang melawat ke Melaka sekali sahaja dalam seumur hidup, maka ada peniaga yang menjual makan di kawasan Bandar Hilir mengambil kesempatan mengenakan makanan yang tidak munasabah.
Kawan saya pernah terkena pada tahun 1990, makan satu pinggan nasi lauk ikan kembung, sayur dan air sirap berharga RM10.50. Kalau masa itu punya harga biasanya di tempat lain tak sampai RM3.00.
Peniaga tu memang tahu, kawan saya itu tidak akan datang lagi ke situ untuk makan kerana tempat sejarah orang hanya datang sekali saja. Oleh itu kalau dia letak harga murah pun orang akan datang sekali saja.
Dengan terpaksa membayar harga RM10.50 untuk sepinggan nasi lauk ikan kembung itu benar-benar akan menjadi sejarah dalam hidup seseorang yang mengalaminya.
Mungkin atas sebab itu jugalah agaknya Kerajaan Negeri Melaka mengalih strategi sperti mengadakan kompleks bowling, jadi boleh la orang luar datang main bowling tiap-tiap bulan di Melaka.