RAKYAT TERUS DINAFIKAN HAK UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia terus dinafikan hak untuk berhimpun secara aman. Setiap kali rakyat berhimpun secara aman, maka pihak keselamatan akan membuat pelbagai sekatan untuk menghalangnya.

Kerajaan Malaysia yang dikuasai BN masih menganggap rakyat negara kita sebagai rakyat yang bodoh, bangang dan tidak ada otak. Sebab itulah kerajaan terus memperkecil-kecilkan rakyat dengan tidak memberikan kebebasan untuk mereka berhimpun secara aman.

Sedangkan saya yakin rakyat negara kita sudah maju jauh ke hadapan. Setiap kali himpunan aman diadakan oleh sesiapa sahaja samada parti -parti politik maupun NGOs tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku termasuk himpunan Bersih 100,o00 November tahun lepas. Rakyat Malaysia sudah matang dan faham akan pentingnya menjaga ketenteraman awam.

Mengapa kerajaan BN memperalatkan pasukan keselamatan untuk menganggu himpunan aman ini.?

Setahu saya tidak pernah berlaku sebarang kekacauan atau keganasan sebelum ini melainkan ianya dicetuskan pihak-pihak tertentu yang sengaja melakukan provokasi kepada para peserta himpunan aman.

Malam tadi sekali lagi himpunan aman menentang ISA diganggu Polis. Kali ini di Pulau Pinang.

Majlis memasang lilin anti-ISA yang diadakan secara aman di Esplanade, George Town itu dicemari dengan penahanan penganjur bersamanya, seorang guru tuisyen, Paula Khoo Gaik Hong.

Paula Khoo, 47, yang kali pertama menganjurkan majlis seumpama itu bagaimanapun dibebaskan empat jam kemudiannya, dengan jaminan polis, selepas suaminya BS Khor, 51, menandatangani perintah jaminan tersebut. Paula dikehendaki melaporkan diri di balai polis Jalan Patani pada 28 November.

Penahanan Paula, sejurus selepas majlis selama 40 minit itu, selesai pada jam 8.40 malam, mencetuskan kritikan dari para aktivis, yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak wajar, tidak rasional dan satu taktik intimidasi'.

Sebelum itu, kira-kira 200 orang aktivis memasang lilin ketika menyertai majlis itu anjuran satu kumpulan yang dinamakan Rangkaian Anti-ISA Pulau Pinang.

Bila agaknya kerajaan BN mahu berubah menjadi seperti kerajaan negara maju seperti Britain, Amerika dan lain-lain yang sentiasa memberikan kerjasama jika rakyatnya mengadakan himpunan aman.

Jika sikap kerajaan yang seolah-olah bermusuh dengan rakyat ini diteruskan saya yakin bahawa negara kita masih jauh lagi untuk mendapat status negara maju. Ini kerana otak pemimpin negara kita ini masih sama dengan otak negara-negara mundur yang jauh ketinggalan.

Comments

LET THE LIGHT SHINE FROM WITHIN

Light your candle within your heart
From where it will never ever depart
Burning bright right from the start
Free from the control of any upstart

(C)Samuel Goh Kim Eng - 161108
http://MotivationInMotion.blogspot.com
Sun. 16th Nov. 2008.