PRESIDEN MCA YANG KELIRU ~ Ref Malaysiakini

Jelas sekali Presiden Baru MCA, Ong Tee Keat keliru dengan isu perlantikan Pengurus Besar PKNS.

Dalam kenyataannya disiarkan oleh Utusan Meloya hari ini Ong dilaporkan sebagai berkata bahawa reaksi daripada sesetengah ahli politik daripada kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang berhubung pelantikan itu menunjukkan bahawa mereka masih lagi berada di dalam kepompong perkauman mereka sendiri.

Ong masih belum menerima penjelasan dari PAS Selangor bahawa penentangan mereka kepada perlantikan itu bukan berdasarkan perkauman tetapi ianya disebabkan kegagalan pentadbiran PKNS sebelum itu yang gagal menguruskan PKNS dengan baik dan Madam Low Siew Moi juga adalah bekas salah seorang pegawai kanan PKNS. Jadi ini membuktikan bahawa Low dan pegawai-pegawai lain juga tidak berupaya menjalankan pentadbirannya dengan baik sebelum ini.

Saya hairan bagaimana Ong masih memainkan isu perkauman dan menuduh PAS yang masih menganuti fahaman tersebut. Sedangkan sebenarnya teman 'tidur' Ong sendiri iaitu Umno yang masih pekat dengan semangat perkauman. Malah Umno Selangor secara terang-terang menyatakan mereka membantah perlantikan Madam Low kerana beliau seorang Cina. Sebaliknya PAS tidak pernah memberikan alasan tidak bersetuju dengan perlantikan Madam atas sebab perkauman.

Saya mengharapkan MCA dan Umno berhenti dari memainkan isu perkauman sebegini kerana ianya sudah lapuk. Rakyat hari ini sudah semakin matang menilai yang mana intan yang mana kaca.

Negara kita mempunyai peraturan dan undang-undang. Hak istimewa orang Melayu masih dipertahankan, kedaulatan Raja-raja tidak pernah dipertikaikan. Hanya Umno sahaja yang berani mempertikaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu apabila meminda perlembagaan negara di awal 90-an dulu.

Comments

Unknown said…
biasalah bang, org politik BN nak survive, tak mainkn isu perkauman, nak main apa? Takkan main jad terup?
Musallam said…
Salam,

Kalau kita menerima peruntukan perlembagaan tentang hak istimewa orang Melayu, beberapa jawatan penting dalam pentadbiran kerajaan dan badan berkanun mestilah diberi kepada orang Melayu yang berkelayakan.

Orang Cina yang lebih kuat kedudukannya dari segi ekonomi, dan merupakan "warga negara kelas satu" di negara ini, sepatutnya tidak mempertikaikan hal tersebut.

Kalau orang Cina yang sudah menguasai ekonomi dan sudah ada kuasa politik, tapi masih mahu menguasai beberapa jawatan penting yang tidak seberapa, apa lagi yang tinggal untuk orang Melayu?