PENOREH GETAH SEMAKIN TERTEKAN ~ Ref Malaysiakini

Penoreh getah di seluruh Malaysia tertekan dengan harga getah yang kian menurun secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Kalau beberapa bulan dahulu harga getah 'sekerap' adalah RM4.00 sekilogram kini harga merudum kepada sekitar RM1.50 sen sahaja sekilogram.

Seorang pekebun kecil, Haji Yassim Musa dari Kampung Paya Dalam, Ayer Molek kesal dengan sikap kerajaan yang berlepas tangan dengan membiarkan harga getah merudum tanpa apa-apa tindakan diambil.

"Saya kesal kerana kerajaan langsung tidak prihatin dengan masalah penoreh getah yang semakin tertekan dengan penurunan harga getah sekarang".

"Macamana penoreh getah dapat hidup dengan pendapatan sebegini tambahan pula harga barangan keperluan harian yang terus mahal tidak turun-turun. Dahlah sekarang hujan turun setiap hari harga getah pula semakin merudum" keluh Hj Yassim yang mempunyai beberapa hektar kebun getah yang ditoreh oleh 'Kuli'nya.

Menurutnya ketika harga getah RM4.00 sekilo dahulu pendapatannya yang dibahagi dua dengan penoreh getahnya agak mewah tetapi kini semuanya tinggal kenangan.

"Saya menggesa kerajaan Malaysia mengambil langkah-langkah drastik untuk membantu penoreh-penoreh getah ini. Kalau nelayan dapat subsidi minyak dan sebagainya kami pekebun getah dan penoreh getah tidak mendapat apa-apa bantuan dan subsidi"

"Ini tidak adil kepada kami yang juga orang susah, bukan nelayan saja susah kami pun susah" keluh beliau dengan nada sayu.
Komen Hasbullah Pit tentang isu ini :-
Ramai orang Malaysia yang berkereta lebih sukakan harga komoditi rendah supaya harga minyak rendah.
Ahli politik Pakatan Rakyat dengan BN lebih kurang sama, sukakan harga minyak rendah, seolah2 penurunan harga minyak mampu mengubati segala-galanya.
Maka terpaksalah penoreh getah nenanggung nafsu politik populis pakatan rakyat dan BN.
Nak harga minyak rendah tapi tak mahu harga getah rendah?
Politik sepatutnya menjurus kepada polisi matawang yang tidak bergantung pada Amerika.
Nilai matawang sepatutnya lebih rapat dengan komoditi bukannya USD.
Tapi nak buat macam mana, ahli politik Malaysia lebih sukakan harga minyak murah supaya dapat undi orang yang berkereta berbanding penoreh getah.

Comments

kekwa66 said…
Kesian...kalau wang berjuta-juta ringgit dilaburkan ke atas Eye of Malaysia tu, alangkah baiknya diberikan kepada fakir miskin negeri ni...laporan akhbar mengatakan tempat tu lengang je walaupun musim cuti sekolah sekarang,,nampaknya gagal lagi satu projek mega BN negeri melaka ni!
Hasbullah Pit said…
Ramai orang Malaysia yang berkereta lebih sukakan harga komoditi rendah supaya harga minyak rendah.

Ahli politik Pakatan Rakyat dengan BN lebih kurang sama, sukakan harga minyak rendah, seolah2 penurunan harga minyak mampu mengubati segala-galanya.

Maka terpaksalah penoreh getah nenanggung nafsu politik populis pakatan rakyat dan BN.

Nak harga minyak rendah tapi tak mahu harga getah rendah?

Politik sepatutnya menjurus kepada polisi matawang yang tidak bergantung pada Amerika.

Nilai matawang sepatutnya lebih rapat dengan komoditi bukannya USD.

Tapi nak buat macam mana, ahli politik Malaysia lebih sukakan harga minyak murah supaya dapat undi orang yang berkereta berbanding penoreh getah.
Z said…
Kesian orang menoreh getah..
Tapi Menteri Kewangan kata, Ekonomi Malaysia Stabil, Tak Terjejas. Dunia pun silap sebab tak ikut cara pengurusan ekonomi malaysia..
Tapi org menoreh ngeluh pulak...
Totalcare said…
dimanakah menteri pertanian? Yang dapat saya lihat inilah akibatnya kalau kerajaan tidak ada perancangan ekonomi yang konkrit. Dengan KORIDOR yang begitu mega dan dikatakan pemangkin ekonomi terhadap rakyat. GAGAL nampaknya. Harga minyak naik atau turun, sama saja, Rakyat yang bergantung kepada hasil pertanian yang selalu jadi mangsa. INI ADALAH SALAH KITA SEMUA, PILIH PEMIMPIN YANG SALAH, KEMUDIAN KITA MARAH. Lihat Amerika, mereka pilih pemimpin yang manpu untuk mengubah hidup mereka tanpa bersifat perkauman. lain diMalaysia, kita marah kalau ekonomi tidak bagus, tapi kita selalu pilih pemimpin berdasarkan perkauman dan lupa untuk pilih pemimpin yang betul-betul mampu. SALAHKAN SENDIRI KERANA KITA YANG MEMILIH MEREKA.