PERSIDANGAN PARLIMEN DITANGGUH KERANA NAJIB TAK TAHU PERATURAN DEWAN? ~ Ref Malaysiakini

Menteri Kewangan, Najib Tun Razak seolah-olah tidak tahu peraturan Persidangan Dewan Rakyat apabila membentangkan angka-angka tambahan kepada Bajet 2009 tanpa memaklumkan kepada ahli-ahli Dewan Rakyat dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Bekalan.
Kegagalan Najib dan kerajaan dalam menuruti peraturan ini amat memalukan lebih-lebih Najib adalah bakal Perdana Menteri. Bagaimana beliau boleh menjadi Perdana Menteri kalau peraturan macam ini pun tidak tahu.
Sehubungan dengan itu Persidangan Dewan Rakyat telah ditangguhkan ekoran bantahan oleh ahli Parlimen pembangkang.
Kira-kira jam 12.30 tengahari, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menangguhkan sidang sehingga jam 2.30 petang selepas pembangkang enggan membenarkan rang undang-undang dibincangkan di peringkat jawatankuasa.
Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Bekalan.Menurutnya, usul mengenainya juga mesti diedarkan kepada semua ahli Parlimen.

Comments

myteam700 said…
Bodoh punya Najib. Malunya saya dapat wakil rakyat untuk mewakili pekan. Tapi x apa, sbb masa mengundi dulu, saya pangkah Khairul Anuar (PKR). Pastikan PRU 13 nanti, orang2 pekan undi PKR@ PAS pulak