MELAKA GAGAL TANGANI MASALAH PENGANGGURAN DI KALANGAN SISWAZAH ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan negeri Melaka ternyata gagal menangani masalah pengangguran di kalangan Siswazah apabila terdapat kira-kira 1,300 penganggur siswazah pada suku kedua 2008. Jumlah ini adalah kira-kira 50 % dari keseluruhan penggangur di negeri ini.

Mengikut statistik suku kedua 2008, bilangan penganggur di kalangan mereka yang berpendapatan rendah adalah 200 orang (7.7%) dan pendidikan menengah 1,100 orang (42.3%). Jumlah keseluruhan penganggur adalah 2,600 orang.

Dari statistik diatas terbukti bahawa kerajaan negeri gagal menyediakan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat negeri ini walaupun kerajaan negeri melaung-laungkan bahawa Melaka negeri maju dan banyak peluang pekerjaan disediakan.

Lebih malang lagi separuh dari penggangur adalah golongan yang berpendidikan tinggi. Sehubungan dengan itu saya mencadangkan kerajaan negeri supaya mengenalpasti sebab mengapa golongan ini gagal mendapatkan pekerjaan.

Bilangan penganggur siswazah yang ramai ini membuktikan bahawa kerajaan negeri gagal dalam pentadbirannya walaupun ramai siswazah dihasilkan tetapi mereka tidak mempunyai pekerjaan.

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum
Very confusing .... tajuknya dan pertikaian di peranggan pertama adalah pengangguran dikalangan 'Siswazah'
tetapi kupasan pada perenggan seterusnya berkenanaan pengangguran dikalangan 'berpendapatan rendah' dan 'pendidikan menengah'.